Sebulan selepas rakan sepasukannya, Mohamed Salah menjaringkan 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris, Sadio Mane memahatkan namanya sebagai seorang lagi pemain dari Afrika melakukannya.
Sadio Mane menjadi pemain yang akan dikenang dalam lipatan sejarah Liverpool buat selamanya. Pemain yang dibeli dari Southampton dan menstabilkan dirinya sebagai penyerang dalam sistem front 3 Liverpool.
Dalam aksi berhadapan dengan Watford, Sadio Mane hanya memerlukan 9 minit sahaja untuk memahatkan namanya menjadi penjaring seabad dalam EPL.
Mohamed Salah melakukan hantaran dengan outside the boot yang tepat. Mane menjaringkan gol pertamanya dari luar kotak penalti pada musim ini.
Sadio Mane menjaringkan 21 gol dalam 2 musim di Southampton. Dan selepas 8 musim di EPL, Sadio Mane akhirnya berjaya juga mencapai angka gol yang luar biasa. Tak siapa pun menyangka Mane akan duduk sebaris dengan legenda dari Afrika yang lain seperti Didier Drogba yang turut mencetak gol seabad dalam EPL.
Berbeza dengan Mohamed Salah, pada musim awalnya di Liverpool, Sadio Mane bukanlah pemain yang bermain dengan pasukan yang sangat stabil seperti hari ini.
Namun impak Mane sentiasa meningkat dari hari demi hari. Selain itu Mane juga bukan pemain yang mengambil sepakan penalti mahupun sepakan percuma di dalam pasukan Liverpool.
Mane menyertai Southampton dari RB Leipzig pada usianya baru 22 tahun. 21 gol daripada 67 penampilan sudah cukup untuk meyakinkan Liverpol bahawa Mane adalah pemain yang diperlukan.
Hatrik beliau ke atas Liverpool juga pada masa itu menjadi batu loncatan penting yang membawa kepada minat mendalam Liverpool.
Mane mencatatkan 20+ gol dalam liga pertama kali pada 2018/19, berkongsi kasut emas dengan Salah dan Aubameyang. Pada hari terakhir, Liverpool gagal merampas kejuaraan daripada Man City.
Seterusnya, Mane memiliki ratio 1 gol dalam setiap 2.3 perlawanan. Mane mencatatkan gol ke-100 selepas 254 perlawanan.
Mane kemudian menjadi nadi penting Liverpool dalam kejuaraan UCL dan seterusnya EPL pertama Liverpool selepas penantian 30 tahun lamanya.
Musim ini Mane bermula dengan agak perlahan. Di mana beliau banyak mempersiakan peluang gol yang beliau ada.
Namun Jurgen Klopp tak pernah hilang kepercayaan kepada Sadio Mane.
Beliau akhirnya membalasnya dengan gol penting ketika berdepan Watford. Seharusnya juga dia menambah beberapa gol lagi.
Mane kini menjadi pemain ketiga mencatatkan 100 gol EPL tanpa sebarang penalti di dalam proses tersebut.
100 – Sadio Mané has now scored 100 goals in the Premier League, and in the meantime become only the third player to reach 100+ Premier League goals without any of them being penalties, after Les Ferdinand (149) and Emile Heskey (110). Earned. pic.twitter.com/NDtbqStQdZ
— OptaJoe (@OptaJoe) October 16, 2021
Liverpool itu ada senarai legenda yang sangat ramai dalam sejarah mereka. Dan bukan mudah nak menempatkan diri sebagai legenda di Anfield. Namun status legenda Mane ini sudah boleh dikira terpelihara, cuma untuk kelab seperti Liverpool, status itu akan mereka dapat selepas mereka bersara kelak.