Sadio Mane nampaknya sudah tidak tahan lagi dengan media Jerman.
Di mana penyerang asal Senegal itu akhirnya membidas wartawan Jerman secara bersemuka.
Sadio Mane banyak menerima kritikan daripada wartawan Jerman termasuk media pro Bayern Munich.
Di mana hampir setiap hari mereka menulis perkara buruk tentang Mane termasuk mengkritik prestasinya setiap kali.
Seolah olah Sadio Mane adalah pemain yang sangat tak berguna.
Ini diburukkan lagi oleh insiden di mana Mane telah menumbuk muka Leroy Sane. Media Jerman benar benar menghentam Mane tanpa belas.
Ketika sedang berjalan melalui sekumpulan wartawan dari Jerman, Mane diminta untuk wawancara.
Namun pemain itu jelas tidak beri muka lagi kepada mereka. Mane terus berkata: ” [Selepas] kamu membunuh saya setiap hari, dan sekarang nak [kamu] bersembang [dengan saya]? Ayuhlah, korang ni biar betul?”
Sadio Mane has hit out at German media amid a potential exit from #FCBayern
"You kill me every day and you want me to talk to you guys? Come on, are you joking?"
[https://t.co/AXwRoOXumX] pic.twitter.com/a3hqcLRVdx
— Connor Andrews (@ConnorAndrewstS) July 24, 2023
Masa depan Sadio Mane di Bayern terus tidak menentu. Bayern sudah menerima bidaan dari kelab Arab Saudi untuk Mane. Namun masih perlukan persetujuan pemain itu itu perpindahan tersebut.
Mane telah menjadi pemain penting ketika di Liverpool. Yang membuatkan dia menjadi pemain sasaran Bayern.
Namun langit tak selalu cerah, ketika di Bayern dia bergelut dengan prestasi dan juga berdepan kritikan daripada media di sana.
Reputasi Mane di Jerman sangat berbeza berbanding ketika dia di England.
Bayern Munich benar benar mahu menjual Sadio Mane yang dianggap oleh BOD kelab sebagai pembelian gagal yang merugikan.
Mane turut diundi sebagai pemain paling teruk di Bundesliga pada musim lalu. Undian dibuat di kalangan pemain pemain profesional Bundesliga yang sudi meluangkan masa untuk mengundi.