Sadio Mane kini menjadi pemain yang menjadi bualan ramai. Beliau sebenarnya bukanlah pemain yang hadir ke Liverpool ketika pasukan ini sudah stabil.
Sebaliknya dia tiba ketika pasukan ini dalam proses nak bangkit semula.
Alasan utama Sadio Mane untuk menyertai Liverpool adalah kerana beliau merasakan ini adalah pasukan yang tepat dan masa yang sesuai untuk dia sertai.
Sadio Mane datang ke Liverpool kerana cintanya kepada Anfield. Budaya dan sejarah pasukan Liverpool.
Orang kata, sejarah ni tak penting. Tak! Kau salah. Sejarah itu menjadikan kita pada hari ini. Kalau Liverpool ni tak ada sejarah, takkan ada dia fanbase kuat sampai ke hari ini kerana kemarau kejuaraan EPL.
Sejarah ada pada kita inilah antara sebab pemain seperti Virgil Van Dijk dahulu sanggup menolak Manchester City dan Chelsea untuk datang ke sini.
Pada 2016, Jurgen Klopp merekrut Sadio Mane ke dalam pasukannya. Liverpool membayar sekitar £36 juta campur semua bonus. Harga prinsipal dia £34 juta.
Menjadikan Mane sebagai pemain Afrika termahal ketika itu. Ramai yang anggap ini pembaziran. Kenapa nak beli winger yang tak prolifik ini dengan harga mahal?
Mane ketika itu berusia 24 tahun. Klopp telah membeli potensi beliau yang boleh dikeluarkan lagi. Klopp yakin akan dapat melakukannya.
Mane datang ke Anfield bersama sama dengan Loris Karius dan Joel Matip secara pinjaman.
Rekod Mane memecahkan pembelian Andy Caroll yang pernah dibuat £35 juta. Termahal Liverpool pernah bayar. Mane dibeli dari Southampton.
Ketika Mane masuk, beliau berucap: “Hari ini hari bermakna buat saya untuk menyertai salah sebuah kelab terbesar di Eropah.”
Ramai yang gelakkan Mane masa tu kawan kawan. Ye lah. Liverpool kan barai. Dia bercakap sebab dia katakan:
“Kelab ini sudah banyak memenangi trofi dan ada SEJARAH yang sangat besar.”
Kalau kita tak ada sejarah dan duit tak seberapa nak ada, kau ingat dia nak datang? Apabila masa tu Louis Van Gaal sudah bercakap dengan dia nak bawa dia ke Man United.
Mané: "They made an offer, but in the same week, Klopp called me. He said 'I think it’s the right club. The right coach for me, and I think it’s better that I go to Liverpool’. For me I think it was the right time as well. I said, 'I am going to Liverpool.'" #mulive [mirror]
— utdreport (@utdreport) May 31, 2019
Mane juga mendedahkan banyak lagi kelab mahukan beliau ketika itu, termasuk United namun dia rasakan kelab itu tak sesuai dengan dia, bukan kelab terbaik untuknya.
Masa ni teruk juga Mane kena abuse. Sebab dia cakap dan imbas kembali benda ni masa Man United baru menang Piala domestik dan UEL. Tapi anggap itu keindahan rivalry.
Terus ada yang berkata: Kalau kau join United sah kau dapat 3 piala hanat.
Van Gaal sudah lama tahu kualiti Mane. Dan beliau pernah meminta Woodward mendapatkan Mane dan Lucas Moura tetapi tak dapat.
A reminder that fans frowned when Louis van Gaal wanted Sadio Mane and Lucas Moura 👀 pic.twitter.com/HKHQMkxqHy
— The Man Utd Way (@TheManUtdWay) May 8, 2019
Mane adalah pemain yang suka dengan kelompok pemain yang dia selesa. Beliau pemain yang sangat fokus dengan bola sepak.
ICYMI, Sadio Mane has been named CAF African Player of the Year 🏆 #CAFAwards2019 pic.twitter.com/YktBDXoe1r
— Liverpool FC (@LFC) January 8, 2020
Ada sesetengah pemain cepat melompat ke tempat lain sebab nakkan piala. Ada pemain terus percaya untuk membantu kelab yang mereka wakili. Itulah Sadio Mane.
Beliau berada dalam projek Klopp pada fasa paling asas.
Mane berusaha setiap hari demi lencana di dadanya. Bersama rakan rakan lain. Ingat masa kita lawan Barca? Dia antara watak penting.
Inilah sebabnya pasukan Klopp hari ini istimewa. Kesemua pemainnya sangat humble dan kolektif. Yang tak bercakap nak kolektif tu dah angkat kaki sendiri.
Klopp menyatakan sebenarnya beliau dah lama mengintai Sadio Mane ketika di Borussia Dortmund lagi. Ini selepas Mane cemerlang dalam Sukan Olimpik 2012.
Klopp ketika tiba di Anfield dia banyak sekali berbincang tentang Sadio Mane yang ketika itu di Soton. Dan rata rata staf di Liverpool memberikan respon positif.
Mane menjadi pemain kelima dari Southampton menyertai Liverpool sejak 2014 selepas Adam Lallana, Rickie Lambert, Dejan Lovren dan Nathaniel Clyne.
Klopp melepaskan Christian Benteke demi Sadio Mane. Untuk pengetahuan korang Klopp sayang juga dengan si Big Ben ni. Namun keputusan harus diambil.
Klopp kemudian membangunkan Mane jauh lebih berbisa. Beliau mulai menjadi peledak gol. Berbanding sebelum ini sebagai wide playmaker.
Mane bermain peranan sama dengan Mohamed Salah di dalam padang iaitu goalscoring winger. Lebih tepat inverted winger.
Beliau pemain yang dikenali dengan sikap rendah dirinya. Seringkali menolong orang lain. Terutama sekali orang di kampungnya.
Membantu bangsanya di Senegal dengan membina sekolah, masjid dan sebagainya.
Malah Mane pernah berkata: “Buat apa saya nak 10 Ferrari, jam mahal, rumah mewah, kalau saya ada peluang nak gunakan duit itu membantu orang di negara saya.”
“Saya nak orang di negara saya merasai sedikit daripada nikmat yang dikurniakan kepada saya.”
🗣️ Sadio Mané: "Why would I want ten Ferrari's, twenty diamond watches, or two planes? What will these objects do for me and for the world? I do not need to display luxury cars & homes or trips. I prefer that my people receive a little of what life has given me." pic.twitter.com/qBJXDhbAFO
— LFC Transfer Room (@LFCTransferRoom) October 13, 2019
Pada Januari 2020, Sadio Mane dinobat Pemain Terbaik Afrika menewaskan Mo Salah dan Riyad Mahrez.
Ini selepas Mane membantu Liverpool menang UCL, Super Cup, dan FCWC. Mane turut membantu negaranya mara ke final Piala Afrika.
2019 juga menyaksikan Mane dinobat pemain no.4 dalam carta Ballon d’or.
Messi sendiri mengakui dia mengundi Mane sebagai pemain terbaik dunia. Messi mendedahkan selalu menonton perlawanan Liverpool kerana Sadio Mane seorang yang menghiburkan di atas padang.
Musim 2018/19 Mane menjadi pemenang bersama Anugerah Kasut Emas EPL.
Mane menjadi sebahagian daripada salah satu trio serangan terbaik di dunia ketika ini.
Hari ini Real Madrid pun geram je dengan Mane.
Nikmati keraian Mane (dia dah claim kan dia punya kan. So Firmino jangan kacau) ketika meraikan kejayaan menjadi jejaka Afrika paling ahli dalam bola sepak.
Sadio mane, the best African player in world football, some would even say the best player in the world not named Messi, is a part of Firmino FC. pic.twitter.com/a4OjXp4qR3
— . (@ftblarj) January 8, 2020
Itulah Sadio Mane. Dia sudah pun menjadi legenda Liverpool.
Tak taulah dia esok lusa buat hal macam no.10 yang seorang tu dulu. Bukan Coutinho ye. Itu sahaja benda yang membuatkan status legendnya terhakis. Jika tak, Mane akan sentiasa legenda.
Bobby Firmino samurai kick. Sadio Mane celebration copy. Rinse. Repeat.https://t.co/I7OpHCzdMy
— Across the Pond (@acrossthepond) January 2, 2020