SAF Jelaskan Kenapa Ronaldo Lebih Bagus Daripada Messi

Sir Alex Ferguson akhirnya terlibat dalam perdebatan di antara Messi vs Cristiano Ronaldo. Dan kita semua pasti sudah menjangka SAF akan condong ke mana kan?

Baiklah, pengurus legenda Man United itu telah membuat rumusan yang tersendiri tentang perbandingan di antara kedua dua pemain tersebut.

Kapten Barcelona Messi dan superstar Juventus Ronaldo telah dibandingkan sepanjang karier mereka ketika peminat cuba menentukan siapa GOAT (Greatest Of All Time / Terbaik Sepanjang Zaman) sebenarnya.

Ferguson, yang mengendalikan Ronaldo selama enam tahun di Old Trafford, mengatakan kepada John Parrott:

“Orang mengatakan siapa pemain terbaik di dunia? Dan banyak orang benar mengatakan Messi – anda tidak boleh mempertikaikan pendapat itu.”

“Tetapi Ronaldo dapat bermain untuk Millwall, Queens Park Rangers, Doncaster Rovers … dengan mana mana saja kelab, dan dia berupaya mencetak hatrik dalam permainan. Saya tidak pasti Messi dapat melakukannya.”

“Ronaldo punya dua kaki [yang hidup], dia cepat, hebat di udara, dia berani – Messi berani, tentu saja dia berani. Saya rasa Messi adalah pemain hanya untuk Barcelona.”

Ronaldo tampil di peringkat kelas dunia untuk tiga kelab ternama yang berbebeza selepas meninggalkan Sporting, dan  memenangi trofi di United, Real Madrid dan Juventus.

Messi telah menjadi pemain Barcelona sepanjang kariernya tetapi cuba meninggalkan musim panas lalu. Namun hasratnya dihalang oleh Barcelona.

Ferguson sebenarnya pernah menyatakan pandangan beliau yang sama tentang Messi atau Ronaldo kepada Independent pada 2017.

Di mana ketika itu beliau berkata: “Ketika bola berada di kaki Lionel Messi, seperti dia memakai sandal.”

“Tetapi ada perbezaan antara Messi dan Ronaldo dan saya akan memberitahu anda apa itu.”

“Saya rasa Messi adalah pemain Barcelona tetapi Ronaldo mungkin bermain untuk Stockport County dan dia akan menjaringkan hatrik. Dia cemerlang di udara dan dia mempunyai dua kaki. ”

Messi baru-baru ini memulai persaingan yang dia miliki dengan ‘CR7’ dan menyebutnya sebagai ‘persaingan istimewa’.

Pemain berusia 33 tahun itu juga mengakui dia menikmati saingan di La Liga selama sembilan tahun, sebelum perpindahan Ronaldo ke Turin pada 2018.

Messi berkata kepada DAZN: “Perseteruan bersama Cristiano Ronaldo adalah dan merupakan persaingan istimewa, yang akan kekal selama-lamanya.”

“Ini bertahan bertahun-tahun dan tidak mudah untuk mengekalkan tahap tertentu dalam jangka masa yang lama.”

“Pasukan kami juga sangat menuntut sesuatu daripada pemain: Real Madrid dan Barcelona, ​​dua kelab terkuat di dunia.”

“Bersaing setara selama bertahun-tahun adalah sesuatu yang akan kekal selamanya. Pertarungan antara saya dan Cristiano Ronaldo sangat baik secara peribadi dan Saya rasa orang menikmatinya. “a

Baca yang lain