SAF: Syukurlah Saya Dah Bersara Melihat Liverpool Dua Musim Terakhir Ini

Pengurus Legenda Manchester United Sir Alex Ferguson dengan nada bergurau senda menyatakan dia bersyukur kepada tuhan kerana membuat keputusan bersara lebih awal kerana prestasi pasukan Liverpool dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Alex Ferguson mengambil alih tugasan di Mancheser United pada 19867 dan berjaya menyingkirkan Liverpool daripada rekod sebagai juara terbanyak di England. Dalam kariernya Sir Alex Ferguson berjaya menjulang 13 kejuaraan EPL bersama Man United dan 2 Liga Juara Juara Eropah.

Fergie bersara pada 2013 selepas menjuarai EPL terakhir setakat ini untuk Man United.

Dan pada musim 2019/20, Jurgen Klopp membimbing Liverpool kepada kejuaraan liga ke-19 dalam sejarah kelab.

Dalam satu persidangan atas talian A Team Talk With Legends, Sir Alex Ferguson menyatakan Liverpool sentiasa memberikannya masa yang sukar satu ketika dahulu namun menyatakan dia lega kerana tidak berhadapan dengan pasukan Jurgen Klopp yang dianggapnya fenomena.

“Saya sentiasa menganggap Manchester United vs Liverpool sebagai derbi utama setiap musim. Sebabnya mudah, dua pasukan paling berjaya di Britain bertemu satu sama lain – kamu boleh kira jumlah trofi kedua dua pasukan ini [kalau tak percaya].”

“Jelas sekali, kamu harus menewaskan Liverpool untuk memenangi apa sahaja. Ianya situasi sama seperti saya di Abderdeen dahulu, kamu kena kalahkan Rangers atau Celtic untuk menang apa sahaja. Kamu harus tambah sikap dan mental kamu untuknya.”

“Realitnya, inilah permainannya. Liverpool sangat berjaya pada 70-an dan 80-an ianya luar biasa.”

“Untuk mencapainya, saya harus mengambil jalan yang sentiasa sukar, bermakna saya perlu menunggu untuk membina kelab. Akhirnya saya berjaya membentuk yang luar biasa untuk kami.”

Prestasi Liverpool dalam dua musim terakhir ini sangat merimaskan Sir Alex Ferguson. Kerana ternyata musuh utamanya itu sangat bagus.

Sebagai rekod, sudah 2 musim Liverpool berjaya mengutip lebih 90 mata semusim.

“Sekarang saya dah pun bersara, syukurlah, saya sudah benar benar bersara ketika saya melihat prestasi Liverpool dalam dua musim kebelakangan ini, mereka luar biasa sekali.”

“Saya menghormati Liverpool dan saya sentiasa menghormati mereka.”

Kisah kelakar Sir Alex dan Klopp

Musim lalu Jurgen Klopp dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pengurus Terbaik Tahunan LMA ataupun dikenali dengan Trofi Sir Alex Ferguson.

Trofi yang mendapat nama khas sempena dengan pengurus legenda di Old Trafford itu. Klopp memenangi anugerah itu selepas berjaya membantu Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2019/20, mengakhiri kemarau kejuaraan 30 tahun di Anfield.

Liverpool menamatkan saingan dengan 99 mata pada musim ini dan hanya kalah 3 kali.

Pengumuman kemenangan Klopp itu dibuat oleh Sir Alex Ferguson. Dan paling menarik Sir Alex sempat mencuit Jurgen Klopp dengan rasa geramnya dikejutkan Klopp pukul 3 pagi semata mata mahu memberitahu beliau menang kejuaraan EPL.

Sir Alex Ferguson berkata:

“Dan sudah pastinya pemenang ialah Jurgen Klopp, Jurgen fantastik.”

“Saya sudah bercakap tentang Leeds 16 tahun bangkit dari Liga Kejuaraan dan Liverpool, 30 tahun lalu yang terakhir mereka memenangi liga: ianya luar biasa.”

“Kamu paling layak menerimanya, prestasi pasukan kamu, sangat luar biasa. Personaliti kamu sangat tepat.”

“Saya akan memaafkan kerana kerana membangunkan saya pada pukul tiga setengah pagi untuk memberitahu saya bahawa ‘saya memenangi liga’. Terima kasih.”

“Tapi bagaimanapun, kamu memang layak mendapatkannya, kamu melakukannya dengan baik.”

Setelah menerima anugerahnya Klopp berkata: “Saya sangat gembira mendapat gelaran ini.

Klopp menyatakan beliau gembira menerima Trofi Sir Alex Ferguson itu. Klopp memang sudah lama mengagumi Alex Ferguson.

Dan Sir Alex merupakan antara orang pertama mengucapkan tahniah kepadanya ketika beliau memeterai kontrak dengan Liverpool sambil menganggap Klopp menguruskan kelab yang tepat dan Liverpool mendapat pengurus yang sesuai dengan mereka.

Klopp berkata: “Saya gembira dinobat sebagai pemenang untuk trofi yang indah – Trofi Sir Alex Ferguson – nama trofi sempena nama seorang insan yang sangat kagumi.”

“Saya merasa lebih istimewa kerana memenangi anugerah ini selepas diundi oleh rakan rakan pengurus yang lain.”

“Terdapat ramai nama Liverpool dalam trofi ini – Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan dan Kenny kelihatan seperti beliau pun berada di piala ini. Brendan Rodgers juga, beberapa tahun lalu.”

“Tetapi nama utama trofi ini ialah Sir Alex Ferguson. Saya tahu tidak 100 peratus sesuai sebagai pengurus Liverpool [saya menyatakan ini], tetapi saya mengaguminya.”

“Beliau adalah pengurus pertama British yang saya temui dan kami sarapan bersama – saya tidak pasti sama ada dia ingat tetapi bagi saya ia seperti pertemuan dengan Pope.”

“Saya tidak pernah menyangka bahawa saya akan memegang trofi Sir Alex Ferguson di tangan saya.”

“Semua pencapaian kami di Liverpool tahun ini tak akan dicapai tanpa input luar biasa daripada staf kejurulatihan kami. Mereka membuatkan kami menjadi satu pasukan yang sarat dengan ‘otak’ bola sepak.”

Jurgen Klopp merupakan antara nama yang pernah dicalonkan Sir Alex Ferguson untuk menjadi pengurus di Man United pada satu ketika dahulu.

Namun Klopp kemudian memilih untuk ke Liverpool beberapa tahun selepas itu.

Baca yang lain