Safawi Buktikan JDT Sentiasa Memberi Peluang Untuk Maju

Safawi Rashid pergi ke JDT bukan kerana dia seorang yang sudah terkenal, popular dan berada di puncak karier. Dia cuma datang dari kelab yang sederhana dengan pencapaian sederhana di T Team.

Cuma dia menunjukkan potensi besar dan boleh dikembangkan dengan baik. Tiada siapa pernah menulis tentang kemahuan pemain ini mahu berkembang secara spesifik.

Perbandingan situasi Safawi dan Akhyar sangat jauh berbeza, Safawi tidak sepopular Akhyar ketika dia mahu diambil oleh JDT.

Safawi perlu buktikan dia mampu menggambil peranan Azammuddin dan S.Chanturu

Setahun sebelum kehadiran Safawi, JDT dilihat memerlukan seorang pemain menggantikan Azammudin dan Chanturu. Kedua-dua pemain ini sudah memasuki umur 31 tahun pada musim 2016 dan transisi pemain perlu dilakukan.

Pemain ini bertindak secara bergilir bagi menggerakkan posisi menyerang sisi kanan pasukan. Safawi hanya pemain berusia 19 tahun, dibawa masuk dan diberi peluang untuk bersaing di kelab yang mampu membeli pemain yang sudah terbukti.

JDT tidak memberi beban secara terus kepada Safawi

Situasi ini jarang kita lihat berlaku dalam pasukan bola sepak di Malaysia. Pada kebiasaannya, apabila  pemain berpotensi dibawa masuk mereka terus digunakan sebagai pemain utama. Ataupun kebiasaanya mereka membawa pemain import dan meminggirkan terus pemain muda berpotensi.

JDT menyusun pelan transisi dan membangunkan pemain sebelum meraih maksima dari mereka apabila masanya sudah sampai.

JDT membawa masuk Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrerra bagi mengukuhkan serangan sisi mereka. Tidak lupa Brian Ferreira merupakan pemain awal untuk berfungsi sebagai pemain serangan kanan pasukan.

Bagusnya, Safawi memberi saingan kuat kepada pemain import untuk menjadi pemain utama.

Untuk permulaan, JDT memberi peluang 6 kali kepada Safawi untuk dia membuktikan sesuatu. Hanya 2 kali sebagai pemain kesebelasan utama. Ketika JDT sudah disahkan menjadi juara Liga Super, pemain ini diberi peluang bermain sepenuh masa dalam 1 perlawanan. Perlawanan terakhir Liga Super.

Safawi tidak diberi bebanan besar dalam pertandingan sasaran JDT, hanya muncul 2-3 minit dalam 1 perlawanan Piala FA sebagai pemain yang masuk ketika masa kecederaan.

Tetapi Safawi dicuba lebih kuat dalam pertandingan bukan keutamaan JDT di Piala Malaysia.

Dia muncul 7 kali, 4 kali sebagai pemain utama. Menariknya JDT menjuarai Piala Malaysia pada tahun tersebut ketika Safawi kerap diuji dalam pertandingan itu.

Safawi berjaya meraih 21 penampilan-majoritinya sebagai pemain simpanan masuk- dan menyumbang 4 gol pada musim pertama di kelab terbesar Malaysia. Melihat kepada perjalanan tadi, JDT memberi peluang kepada pemain ini dalam pertandingan ke-3 penting iaitu Piala Malaysia.

JDT mula memberi peluang Safawi berbanding pemain import

JDT mula memberi peluang kepada Safawi pada musim 2018 selepas cemerlang di Piala Malaysia 2017. JDT boleh sahaja membawa masuk pemain import tetapi peluang ini diberikan kepada peamin muda tempatan.

Guerra dilepaskan, Cabrerra kekal dan Safawi mengambil alih peranan Guerra. Safawi menggunakan peluang itu dan berjaya membuktikan dia mampu menjadi pemain penting pasukan.

Dari hanya 7 penampilan liga pada musim sebelumnya, Safawi bermain 21 kali pada musim 2018. Catatan jaringannya tidak terlalu ketara dengan Guerra iaitu 6 berbanding 7. Ferreira hanya menyumbangkan 1 jaringan pada musim sebelumnya.

Safawi hampir memenuhi apa yang dimahukan kelab.

Safawi menutup musim 2018 dengan tampil 3 kali di Piala FA dengan 3 jaringan, 4 jaringan dalam 6 penampilan di Piala Malaysia dan 2 jaringan dalam 5 penampilan di Liga Juara Asia.

Safawi membuktikan dia pemain yang sentiasa mampu menjaringkan gol dalam mana-mana pertandingan. Safawi mula membesar dengan peluang yang diberikan.

Safawi terus berkembang, terus berkembang dan terus berkembang dengan peluang

Akhirnya Safawi mendapat status pemain utama JDT pada musim 2019. Mencatat 1,765 minit bermain di Liga Super berbanding 1,018 (2017) dan 288 (2016).

Minit permainanan di kempen Piala Malaysia dan Liga Juara Asia juga menunjukan dia sudah menjadi pemain penting sepenuhnya pada musim ini. Safawi sudah mencapai status tertinggi dalam karier, menjadi pemain utama di kelab utama Malaysia.

18 jaringan sepanjang musim, mencatat ratio 1 perlawanan dengan 1 jaringan di hujung musim 2019, dilihat pemain ini masih tidak mahu berhenti berkembang.

Nisbah 1/3 jaringan dari penyerang sisi, lebih-lebih lagi bagi seorang pemain tempatan boleh dikatakan agak menarik.

Kita sentiasa mahukan pemain yang baharu berusia 22 tahun ini terus meningkat. Umurnya masih terlalu muda tetapi proses perkembangannya agak laju. Tidak dinafikan JDT menjadi platform yang selari dengan kemahuannya untuk menjadi pemain terbaik di Malaysia satu hari nanti.

Dalam tempoh 3 musim, Safawi sudah membuktikan melalui anugerah pemain muda harapan dan pemain paling bernilai. Agak sukar untuk menafikannya dengan apa yang dilakukannya sepanjang 3 musim ini.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang