Bintang sensasi Harimau Malaya dan juga JDT, iaitu Safawi Rasid telah mengeluarkan hand sanitizer / cecair basmi kuman miliknya.

Ini kerana Pawi melihat kekurangan stok sanitizer di pasaran ketika musim wabak koronavirus yang sedang melanda Malaysia pada ketika ini.

Beliau terpanggil untuk menghasilkan produk itu bagi memastikan semua rakyat Malaysia bebas kuman dan virus.

Dalam satu kenyataan media beliau di Instagram, inverted winger JDT itu berkata:

“Semakin hari kes dicatatkan semakin tinggi di Malaysia, wabak Covid-19 ini sangat bahaya kalau kita tak bendung dengan cara membersihkan diri dan sanitize tangan selalu bila bersentuhan mungkin risiko dijangkiti ada.”

Safawi Rasid juga menegaskan, sebagai seorang ahli sukan, beliau sangat mementingkan kesihatan.

“Saya sebagai atlet sangat mengutamakan kesihatan kerana latihan diwajibkan setiap hari dan terdedah kecuali restricted movement ni sehingga 31 Mac.”

“LIFECARE HAND SANITIZER ni saya keluarkan demi memastikan kita semua dalam keadaan bebas kuman dan virus.”

“Siapa nak stock up Sanitizer? Reply YES Contact : 0132967084”.

Untuk produk 60ml ianya berharga RM16.90. Manakala untuk produk 240ml ianya berharga RM32.90.

Safawi Rasid kemudian memuat naik video untuk mempromosikan hand sanitizer beliau kepada umum. Beliau sangat berharap usahanya ini akan dapat membantu mengurangkan penularan Covid-19 di Malaysia.

Selain itu beliau berpesan agar semua rakyat Malaysia patuh dengan arahan perintah kawalan pergerakan yang menetapkan agar kita semua sentiasa berada di rumah.

Menurut Safawi Rasid ianya penting demi kita dan orang yang kita sayang.

Dalam video ringkas tersebut, Safawi Rasid berkata:

“Hai dan assalamualaikum dan selamat petang kepada semua. Di sini saya just (cuma) nak cakap bahawa saya dah keluarkan produk saya sendiri, hand sanitizer (cecair pembasmi kuman), brand (jenama) saya sendiri.”

“Saya buat ni sebab saya tengok banyak sanitizer di market [pasaran] dah kurang.”

“Jadi, saya harap apa yang saya buat ini akan dapat mengurangkan lagi jangkitan Covid-19 di Malaysia.”

“So [Jadi] saya harap benda ni tak berleleluasa, Insha Allah, dan korang pun kena tolong diri korang sendiri dan orang tersayang, dan jangan ke mana-mana, duduk sahaja di rumah.

https://www.instagram.com/p/B96By7dlSfY/

Covid-19 terus mencatatkan peningkatan kes di Malaysia. Setakat ini dua kematian sudah dicatatkan di Malaysia kerana Koronavirus.

Virus ini bermula di Wuhan China, dan merebak dengan cepat ke seluruh dunia kerana pergerakan dan mobiliti manusia hari ini yang sangat tinggi dan mudah.

Pelbagai langkah telah diambil oleh WHO di peringkat global dan begitu juga dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani penularan wabak ini.

Kesannya banyak acara besar termasuk acara sukan ditangguhkan dan dibatalkan kerana wabak Covid-19.

Bagi Safawi Rasid pastinya beliau terkesan dengan Liga Super Malaysia yang turut ditangguhkan.

Semoga kita akan berjaya keluar daripada musim wabak ini secepat mungkin.