Safawi: Saya Bukan Superstar

Safawi Rasid menjadi wira hatrik Malaysia dalam perlawanan kedua Piala AFF 2020 semalam menentang Laos.

Di mana pemain penyerang sayap itu berjaya mengembalikan semula sentuhannya yang sebelum ini agak tenggelam.

Ianya adalah aksi terbaik Safawi dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Pawi kini sudah menjaringkan 4 gol dalam dua perlawanan. Dan Safawi menyatakan bahawa hatrik itu adalah mustahil jika tidak ada rakan sepasukannya.

Malaysia menang 4-0 dalam aksi berdepan dengan Laos. Harimau Malaya berjaya meneruskan rentak kemenangan. Dengan catatan 2 kemenangan daripada 2 perlawanan pertama.

Buat masa ini, Malaysia berada di landasan yang tepat dalam saingan peringkat kumpulan. Kerana selepas ini Vietnam dan Indonesia pula menanti.

Jadi kemenangan dalam 2 perlawanan pertama, menentang Kemboja dan Laos adalah sangat mustahak.

Safawi memberikan kredit kepada rakan rakannya di atas padang yang membantunya dan tak lupa kepada barisan kejurulatihan.

Safawi turut menegaskan bahawa beliau tidak mahu mendabik dada selepas melakukan hatrik tersebut.

Penyerang berusia 24 tahun itu berkata: “Saya tak pernah saja saja berkata kepada orang lain termasuk media bahawa saya adalah seorang bintang handalan / superstar.”

“Dengan sokongan daripada jurulatih dan rakan sepasukan, ianya telah membuatkan saya kembali.”

“Terima kasih kepada Allah izinkan saya kembali ke prestasi sebenar.”

“Tetapi pada masa yang sama saya tahu bahawa saya harus perlu terus meningkatkan tahap permainan saya untuk membantu pasukan dan kami akan cuba berikan yang terbaik dalam perlawanan yang akan datang.”

Jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe mengucapkan tahniah kepada Pawi di atas hatriknya. Ianya adalah berkat kerja keras beliau setelaj sekian lama.

Tan Cheng Hoe berkata: “Tahniah kepada Safawi Rasid kerana setelah sekian lama bekerja keras bersama skuad kebangsaan dan hari ini ianya terbukti dengan jaringan hatrik.”

Menurut coach Tan lagi, Safawi merupakan pemain yang memiliki keistimewaan tersendiri. Namun itu bukan alasan untuk Safawi tidak meneruskan lagi kerja kerasnya.

Kerana masih banyak lagi ruang untuk pemain itu terus meningkatkan lagi aspek permainan beliau.

“Dia ada keistimewaan tersendiri namun dia harus meneruskan kerja kerasnya kerana masih banyak yang boleh diperbaiki.”

Sumber: Bernama