Safee Sali Bertanding Dalam Pilihanraya Gol Lipat AFC, Ayuh Undi SYM (Safee Yang Melipat)

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) baru baru ini telah menyenaraikan gol lipat / akrobatik Safee Sali sebagai antara lima gol akrobatik terbaik sepanjang saingan Piala AFC.

Safee yang melipat gol itu ketika bersama dengan JDT ketika menewaskan kelab dari India, East Bengal di Stadium Larkin pada 12 Februari 2015.

Safee Sali ketika itu menerima hantaran tepat rakan sepasukannya Nazrin Nawi. Safee menggunakan kepantasan dan teknik yang jitu untuk terhubung dengan bola dengan kakinya.

JDT menang 4-1 dalam aksi pada hari itu. JDT jelas sekali berada dalam prestasi terbaik untuk meratah lawan mereka di stadium keramat mereka di Larkin.

Penyokong JDT dan seluruh yang menyaksikannya di TV ketika itu takjub dengan gol secantik itu.

Bagaimana Safee Sali boleh menjadikan keadaan yang sukar itu menjadi satu momen gol yang indah. Itulah Safee Sali.

Dan kini bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berpeluang untuk memenangi anugerah itu dalam calon gol akrobatik terbaik Piala AFC.

Gol tersebut dicalonkan untuk dipilih sebagai gol terbaik sepanjang temasya Piala AFC.

Safee Sali bakal dicabar empat lagi gol lain iaitu oleh Omar Al Soma (Qadsia SC), Abdulatif Salkeni (Al Jaish), Nguyen Van Quyet (Hanoi FC) dan Khairul Amri (Tampines Rovers).

Korang boleh mengundi gol berkenaan di laman sesawang AFC dan akan berakhir pada 27 Jun ini. Juara akan diumumkan dengan serta merta.

Sebagai rekod, sebelum ini seorang lagi tonggak JDT, Safawi Rasid telah dinobatkan dengan gol lencong tercantik saingan Liga Juara Juara AFC.

Saksikan video yang memaparkan calon calon gol tersebut.

Setakat pukul 3 pagi tadi, undian masih berpihak kepada Safee Sali. Di mana Super Safee mendahului dengan 71%.

Sangat senang nak undi. Lagi susah korang masukkan nombor topup.

Klik pautan di bawah ini untuk mengundi:

SAYA UNDI GOL LIPAT SAFEE

Sebagai tambahan, Safee Sali kini beraksi untuk PJ City. Beliau masih menaruh harapan untuk bermain dalam pasukan Harimau Malaya sekali lagi.

Hasrat itu diluahkannya sebelum ini. Safee Sali jelas antara penyerang terbaik Asia Tenggara. Beliau pernah berkelana dan menjadi superstar di liga Indonesia.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.