Safee Sali masih membuka pintu hatinya untuk bersaing mendapatkan tempat dalam pasukan Harimau Malaya.
Bekas penyerang Selangor dan JDT itu masih merindui aksi bersama pasukan kebangsaan Malaysia.
Safee Sali dianggap antara penyerang terbaik di Asia Tenggara ketika peak beliau di kemuncak dahulu.
Pemain yang memiliki penyudah yang sangat tajam. Membuatkan beliau menjadi pemain import bintang di Liga Indonesia, tidak lama selepas itu.
Beliau merupakan penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki pada 2010 dan membantu Malaysia menjuarainya.
Namun beberapa siri kecederaan telah mengganggu kariernya. Beliau masih beraksi di peringkat tertinggi dalam piramid bola sepak Malaysia.
Aksi cemerlang beliau bersama Pelita Jaya di Indonesia membuatkan nama Safee Sali antara pemain yang menjadi pujaan peminat bola sepak di sana.
Namun berlaku krisis pada liga Indonesia membuatkan Safee Sali terpaksa dipinjamkan ke JDT dan kemudian berjaya mendapatkan kontrak tetap dengan Harimau Selatan.
Selepas meninggalkan JDT, Safee Sali menyertai Perlis. Namun berlaku krisis kewangan yang teruk sehingga Perlis tidak dapat bersaing dalam saingan liga.
Safee Sali kemudian menyertai PJ City, kelab beliau pada hari ini.
Safee Sali kini sudah berusia 36 tahun. Beliau berharap Tan Cheng Hoe akan dapat memberikan beliau peluang untuk menyarung semula jersi pasukan kebangsaan.
Ketika ini, semua aktiviti bola sepak di Malaysia sedang digantung sementara kerana pandemik koronavirus. Apabila kembali disambung kelak, Safee berharap dapat menyertai kem latihan pasukan Harimau Malaya.
Ketika sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, Safee Sali masih gigih berlatih di rumahnya. Dengan harapan akan dapat kembali semula ke dalam pasukan Harimau Malaya.
“Harap-harap dapatlah kena panggil untuk Harimau Malaya satu hari nanti,”
Respect dengan Safee Sali menunjukkan contoh yang sangat baik. Cerminan kepada pemain profesional sebenar, memiliki mini gym di rumahnya.
Rakan baiknya yang juga seangkatan dengan beliau, Norshahrul Idlan Talaha antara nama yang masih dalam senarai panggilan Tan Cheng Hoe.
Ia mungkin menjadi salah satu motivasi buat Safee Sali dalam usahanya untuk kembali.
Pada ketika ini, barisan serangan pasukan Malaysia memiliki nama seperti Safawi Rashid, Shahrel Fikri serta peamain serba boleh Syafiq Ahmad.
Mungkin Safee Sali sudah berusia. Namun dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.
Dan saya juga menyokong jika Harimau Malaya memberikan satu malam khas untuk pemain seperti Safee Sali untuk beraksi kali terakhir di hadapan penyokong Harimau Malaya suatu hari nanti – selepas keadaan mengizinkan.
Pilih satu perlawanan persahabatan yang bukan perlawanan kompetitif untuk beliau.
Buat macam Jerman memberikan penghargaan khas buat Podolski dan Bastian Scwheinsteiger (btw nak bagi tau aku taip nama ni tau, bukan copy paste, power kan).
Apa yang pasti Safee Sali adalah legend.