Safee Sali Percaya JDT Akan Sign Pemain Berprofil Tinggi Untuk Kejar Trofi ACL

Bekas penyerang kebangsaan dan juga bekas penyerang JDT, Safee Sali percaya bahawa JDT akan menandatangani pemain berprofil tinggi selepas ini untuk mengejar trofi Liga Juara Juara Juara AFC (ACL).

Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa akur dengan kehebatan pasukan jaguh dari Jepun iaitu Urawa Red Diamonds. Di mana juara bertahan Liga Super Malaysia itu tunduk 0-5 dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Saitama.

Dalam wawancara selepas perlawanan dengan Astro Arena, Safee Sali menganggap pencapaian JDT kali ini akan membuatkan TMJ bangga.

Namun Safee juga yakin bahawa TMJ akan meletakkan sasaran lebih tinggi pada masa akan datang.

“Memang, saya rasa, dengan visi yang ada dalam fikiran TMJ, saya rasa dia pastinya mahu mencapai lebih daripada yang ini [pencapaian semasa peringkat 16 akkhir].”

“Saya tak terkejut kalau ada satu atau dua pemain yang lebih berprofil tinggi [ditandatangani] untuk membantu JDT melangkah lebih jauh lagi dalam ACL.”

“Dan untuk masa sekarang, TMJ berbangga dengan pencapaian JDT, melangkah sehingga ke peringkat sekarang ini [peringkat 16 akhir]. Dan saya rasa dia tak akan mengalah, dia akan terus mencuba dan mencuba.”

JDT selepas ini akan menumpukan aksi berdepan dengan Terengganu pada aksi final Piala FA. Bagaimanakah respon pasukan JDT? Pastinya mereka mahu bangkit segera. Menjulang Piala FA pastinya momen yang terbaik untuk melupakan kekalahan di tangan Urawa Red Diamonds.

Baca yang lain