Sagna Dedahkan Bagaimana Wenger Memberikan Kesan Mendalam Dalam Hidupnya

Bacary Sagna berkongsi kisah kebaikan Arsene Wenger kepadanya ketika di Arsenal. Menurut Sagna, Arsene Wenger menjadi pengurus yang paling dekat di hatinya.

Ini kerana Wenger menjadi orang yang banyak menyokongnya ketika dia kehilangan ahli keluarganya yang tersayang.

“Arsene Wenger menjadi pengurus paling meninggalkan kesan dalam diri saya. Ketika itu saya kehilangan abang saya.

“Ayah saya telah menghubungi saya dan saya mendapat tahu berita itu daripada panggilan telefon tersebut.

“Saya pun pulang ke kampung halaman. Saya meluangkan masa dengan keluarga saya di sana. Dan saya masih ingat lagi saya bercakap dengan Arsene Wenger.

“Dia berikan saya kekuatan kerana dia beritahu saya cerita tentang dirinya sendiri. Tentang beberapa pemain seperti Lilian Thuram dan Didier Deschamps, dan mereka ini terus bermain [walaupun pernah ditimpa musibah].

“Dam mereka melalui perkara perkara yang sukar dalam hidup mereka.

“Saya rasa sokongan daripada Wenger. Dia tidak memberikan tekanan kepada saya. Dia sentiasa menyokong saya walaupun saya tidak bermain pada prestasi yang bagus.

“Musim kedua, mungkin ini benar benar menyentuh hati saya. Walaupun saya tidak bermain bagus, dia masih menurunkan saya dan menunjukkan kepercayaannya kepada saya.

“Sejujurnya dia memberikan impak mendalam dalam diri saya.”

Sagna kemudian ada diminta memberikan nasihat kepada pemain pemain muda hari ini tentang hubungan antara pemain dan pengurus mereka.

Bagi Sagna amat penting untuk pemain muda ada hubungan yang baik dengan pengurus.

“Apabila kamu ada berselisih pendapat dengan pengurus, ingat, kamu tak akan pernah menang. Ini perkara pertama yang kamu harus tahu.

“Jurulatih ada tanggungjawab dia tersendiri. Dan dia harus membuat pilihan. Cuma ada 11 sahaja tempat. Dan kamu antara 20 pemain yang berjuang untuk merebutnya.

“Kamu harus menerima keputusan pengurus dengan terbuka dan memikirkan bahawa kamu mahu terus meningkatkan permainan kamu dan bagaimana respon kamu terhadapnya.

“Dan setiap kali kamu bermain bola sepak, bermainlah dari hati. Lupakan tentang tekanan, lupakan tentang benda lain. Jika kamu bermain dari hati, semua orang akan dapat merasainya.

“Sudah tentu kamu sukakan peluang, namun harus ada kesabaran.

[Dose Of Society] Bacary Sagna: “The coach who impacted me most? I would say Arsène Wenger. When I lost my brother in 2008, it was during my first season at Arsenal.”
byu/Hokage123456789 insoccer

Sagna bukan satu satunya pemain yang memuji pengurusan Wenger dalam isu kemanusiaan. Sebelum ini Santi Cazorla pernah memberitahu kisah bagaimana Wenger tetap melanjutkan kontraknya walaupun dia sedang cedera dan berehat panjang. Wenger menyatakan dia mahu Cazorla fokus kepada pemulihan dan mendapatkan kebajikan daripada kelab itu.

Selain itu, Petit juga antara pemain yang pernah kehilangan abangnya. Dan mendapat sokongan daripada Wenger.

Baca yang lain