Sah! Ini Adalah Devkit Untuk PlayStation 5

Sebelum ini beberapa portal melaporkan bahawa PS5 akan hadir dengan bentuk V di permukaan fizikalnya.

Techradar sebelum ini menyatakan ini adalah lampiran yang memaparkan rekaan PS5 yang telah dipatenkan.

Berdasarkan rajah ini, jelas sekali ia juga berbentuk V dengan adanya sistem ventilasi / pengudaraan.

Semalam, satu imej devkit Playstation 5 telah tertiris di twitter. Dan ia seakan-akan mengesahkan rumors sebelum ini adalah benar. Cuba anda bandingkan dengan gambar yang menurut Techradar adalah paten kepada PS5.

Pengguna twitter bernama @Alcoholikaust berkongsi gambar tersebut yang memaparkan PS5 juga dengan V-shaped.

Beliau meletakkan kapsyen: “PS5 anyone?”

Beliau menyatakan bahawa beliau mendapat imej itu daripada pemaju PS5.

Editor The Verge iaitu Tom Warren yang dihubungi oleh IGN, telah mengesahkan bahawa itu adalah versi devkit untuk PS5.

Devkit adalah merujuk kepada versi khas, sama ada untuk konsol gaming, telefon pintar dan pelbagai alatan lain, yang direka dan untuk tujuan seperti ujian dan juga modifikasi.

Warren berkata: “Ya itu adalah devkit untuk PlayStation 5. Alasan kenapa ia lebih besar dan berbentuk V-shaped adalah untuk membolehkan ia lebih keras dan lasak.”

“Ini kerana devkit biasanya akan melalui beberapa siri ujian lasak. Sistem pengudaraan dioptima untuk membolehkan angin keluar dari kedua belah sisi dan tengah.”

Tidak dapat disahkan bahawa devkit ini akan menjadi rupa akhir untuk PS5.

Namun ramai yang meramalkan bahawa ianya kemungkinan besar akan sama. Ramai yang menjangkakan ini adalah rekaan PS5 yang akhir nanti.

Sementara itu, tidak dapat dipastikan controller di atas devkit itu adalah DualShock 4 ataupun controller baharu PS5 yang dijangka diberikan nama DualShock 5.

Sebelum ini memang ada laporan menyatakan DualShock 5 memang tidak begitu berbeza dengan DualShock 4.

Sebelum ini, beberapa laporan menyatakan PS5 akan menemui peminat pada akhir tahun 2020, ataupun sebelum Hari Natal tahun hadapan.

Arktitek sistem PS4, Mark Cerny, pada April lalu mengesahkan bahawa syarikat dari Jepun itu sedang dalam proses menyiapkan konsol baharu.

Ketua Eksekutif Sony, Jim Ryan menggunakan PlayStation Blog untuk mengumumkan bahawa PS5 akan menemui peminatnya pada 2020 akan datang.

Ryan dalam kenyataannya berkata: “Salah satu daripada matlamat kami dengan generasi seterusnya adalah untuk mendalamkan lagi penghayatan ketika kamu bermain permainan video. ”

“Dan kami ada peluang melakukannya dengan ‘controller’ baharu untuk meingimiginasi semula, sentuhan dan juga kelancarannya.”

Berita itu membuatkan ramai yang teruja dan sudah menabung sejak mendengar berita tersebut. PlayStation masih menjadi konsol permainan video yang paling popular di kalangan gamers.

Jadi, korang macamana? Dah bersedia nak membeli jiwa orang rumah korang dan mencari alasan paling power untuk mendapatkan PS5 yang baharu?

Ataupun berharap orang tersayang nanti menghadiahkan PS5 kan.

Sumber: IGN

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi