SpaceX, NASA dan beberapa agensi angkasa yang lain kini bakal dikenakan yuran tahunan sehingga $235,000 untuk setiap satelit mereka yang berada di angkasa.
Mengenakan yuran orbit tahunan ke atas agensi seperti NASA, ESA dan SpaceX akan dapat membantu mengurangkan masalah serpihan buangan yang bertebaran di angkasa lepas.
Pengkaji yang terdiri daripada Saintis dari University of Colorado Boulder berkata, satu persetujuan antarabangsa perlu diwujudkan untuk yurang penggunaan orbit bagi setiap satelit.
Caj tersebut akan meningkat setiap tahun dan pada 2040 boleh mencecah $235,000. Ini akan mebantu membersihkan orbit yang tercemar dengan sampah industri aero angkasa.
Jika yuran ini dikenakan, maka setiap syarikat ini akan mencari inisiatif untuk memastikan sampah mereka dibersihkan dan tidak sewewang wenangnya membiarkannya di udara.
— John Norton (@Pussilicca) May 26, 2020
Buat masa ini kira-kira 200,000 objek termasuk satelit dan serpihan buangan daripada industri angkasa berada di orbit rendah bumi. Dan jika objek tersebut jatuh ke bumi, ianya boleh memberikan impak.
Kertas cadangan untuk mengatasi masalah lambakan sampah angkasa ini memfokuskan kepada teknologi dan pengurusan. Namun pengkaji menyatakan, insentif wang lebih efektif.
Yuran ini akan membuatkan syarikat ini akan membuang beberapa satelit mereka dari orbit untuk menjimatkan wang mereka.
Satu polisi diperlukan untuk memastikan syarikat ini tidak terlalu selesa dengan sikap mereka ketika ini.
Yuran orbit perlu dikenakan. Dan mungkin caj dikenakan berbeza beza mengikut orbit tertentu. Ini kerana satelit satelit ini berlegar di orbit yang berbeza dan ada risiko untuk jatuh yang berbeza beza.
Namun persoalannya kini, siapa yang akan menerima wang itu? Pihak mana yang berhak ke atas angkasa? Adakah AS ataupun NASA? Hmmm