Internet yang slow memang salah satu masalah yang merimaskan bagi kita semua. Terutama sekali pada mereka yang sudah bayar mahal mahal untuk internet,
Internet hari ini menjadi antara perkara yang sangat penting dalam hidup terutama sekali bagi mereka yang bekerja menggunakan internet.
Sekumpulan jurutera dari University College London (UCL) baru sahaja mencapai kepantasan internet paling pantas setakat ini.
Kelajuan tersebut mengatasi rekod yang pernah dicipta di Jepun. Dan sudah pastinya berjuta kali lagi laju daripada internet yang aku pakai sekarang ni untuk tulis artikel ni.
Kelajuan tersebut dikatakan sangat pantas sehinggakan korang boleh memuat turun kesemua cerita dalam pustaka Netflix tu di bawah 1 saat. Amacam? Padu?
Para pengkaji diketuai oleh Dr Lidia Galdino dari UCL Electronic & Electrical Engineering, menggunakan bandwidth 16.8THz, jauh lebih besar daripada spektrum bandwith of of 4.5THz yang biasa digunakan ketika ini dan jauh lebih besar dariapada bandwith 9THz yang digunakan dalam sektor komersial.
Pasukan pengkaji tersebut telah menggabungkan beberapa teknologi lain untuk menambahkan lagi kekuatan pada isyarat menerusi bandwith yang lebih besar.
Mereka juga memaksimumkan kelajuan menerusi pembangunan Geometric Shaping (GS) yang baharu serta memanipulasi setiap wavelength.
Hasilnya, ia berjaya menghasilkan kelajuan 178 terabits per saat (178,000,000 megabits per saat).
The team of engineers reached an internet speed of 178 terabits a second, a fifth faster than the previous record. https://t.co/7BH9KeOYhy
— FOX 32 News (@fox32news) August 21, 2020
Di mana ianya data yang cukup besar untuk memuatnaik gambar black hole pertama yang dihasilkan saintis tahun lepas – kurang dalam masa sejam.