Saintis Jerman Klaim Mereka Hasilkan Inovasi Mengubah Dunia Iaitu Pinggan Daun Pisang

Pada 2016, sekumpulan saintis di Jerman mengumumkan mereka menemui penemuan terbaru yang bakal mengubah dunia.

Di mana mereka menemui cara untuk menghasilkan pinggan mesra alam ataupun eco friendly iaitu dengan menggunakan daun pisang. Dan mengganggap ianya invoasi baru.  Klaim diri mereka sebagai yang pertama menemui inovasi itu.

Syarikat yang diberikan nama Leaf Republic itu menegaskan bahawa pinggan mesra alam itu selamat dan selesa digunakan.

Malah boleh bertahan sehingga 28 hari.

Menariknya projek itu turut membolehkan mereka mendapat pelabur besar pertama selepas mendengar potensi projek tersebut pada masa akan datang.

Berita itu pernah menjadi viral terutama sekali di India. Di mana di negara India sudah lama menggunakan daun pisang sebagai pinggan makan.

Begitu juga di Malaysia, nasi lemak ataupun nasi daun pisang memang sudah lama kita miliki di sini. Cuma tidaklah sampai teruja menganggap ianya penemuan luar biasa.

Pada awalnya, Leaf Republic mengumumkan bahawa pinggan mesra alam itu dijual pada harga USD10 untuk satu set kira kira sedozen kot dalam tu. Bersamaan sekitar RM46 di negara kita.

Ianya terdiri daripada banyak rekaan lain termasuk mangkuk dan juga pinggan yang lebih besar mengikut kesesuaian.

Berita itu disambut dengan sangat luar biasa golongan pencinta alam yang tak putus putus memberikan tahniah kepada mereka.

Leaf Republic kemudian mendapat banyak komen daripada pengguna daun pisang dari Asia. Dan kemudian syarikat itu terus menghilang begitu sahaja beberapa tahun kemudian.

Projek itu ternyata bukanlah perkara yang terlalu luar biasa. Cuma masyarakat Eropah sahaja yang tidak pernah ambil kisah hal budaya orang di Asia atau negara lain.

Baca yang lain

Nunez Skor Gol Kemenangan Minit Ke-90+9

Darwin Nunez menjadi wira kemenangan Liverpool dalam kunjungan mereka ke markas Nottingham Forest. Liverpool sekali lagi merehatkan pemain seperti Mo Salah di