Saintis Meraikan Kejayaan Besar Melihat Babi Boleh Bermain Video Game

Saintis gembira apabila mendapati bahawa babi boleh bermain permainan video dan babi babi tersebut dilihat sangat menikmati detik bermain game itu seperti manusia.

Ada empat ekor babi bernama Hamlet, Omelet, Ebony, dan Ivory – dilatih untuk menggunakan joystick gaya arked untuk bermain permainan video.

Para penyelidik mengatakan bahawa fakta bahawa babi memahami hubungan antara joystick dan permainan “bukanlah prestasi kecil.”

Eksperimen ini melibatkan dispenser makanan, yang akan mengeluarkan pelet makanan sebagai hadiah ketika babi berjaya mencapai sesuatu tahap tertentu dalam permainan.

Para penyelidik juga memujuk babi babi ini dengan lemah lembut agar mereka menamatkan permainan.

Ketua penyelidik iaitu Dr Candace Croney berkata: “Kajian seperti itu penting kerana, seperti hidupan lain, bagaimana kita berinteraksi dengan babi dan apa yang kita lakukan dengannya memberi kesan dan penting bagi mereka.”

“Mereka boleh menggerakkan joystick dengan menggunakan muncung mulut mereka.”

Pasukan penyelidik juga menyatakan bahawa babi boleh bermain permainan video – walaupun mereka tidak mampu menggunakan tangan dan kaki mereka kerana keupayaan yang terhad.

Ianya bukan mudah. Daripada dua babi Yorkshire, Hamlet yang paling power dan pandai bermain permainan berbanding dengan Omelette.

Hamlet dan Omlete berusaha bersungguh sungguh ketika permainan semakin mencabar. Mereka dapat mencapai sasaran dalam masa kurang dari setengah jam.

Sementara itu babi Panepinto mempunyai kemahiran bermain yang jauh lebih baik.

Ivory pula dapat mencapai sasaran 76% dari masa yang ditetapkan. Namun di antara mereka, Ebony yang agak noob dengan skor hanya dapat 34%.

Walaubagaimanapun, para penyelidik tetap berpuas hati dengan usaha mereka yang tenang dan fokus.

Inilah yang disebut oleh penyelidik sebagai ‘bukan kebetulan’.

Ini bermaksud bahawa “sampai tahap tertentu, mereka dapat menjumpai hubungan antara joystick dan pergerakan cursor”.

Walaupun saintis menyatakan ia kejayaan besar dan mengejutkan. Namun Kate Daniels, dari Willow Farm di Worcestershire ia bukan perkara yang mengejutkan untuk seseorang yang seperti dirinya – selalu bermain dan bersama dengan babi.

Kate berkata: “Mereka bukannya bermain Minecraft – tetapi mereka dapat memanipulasi keadaan untuk mendapatkan hadiah, dan ini hampir tidak mengejutkan.”

Kate kemudian memetik kata-kata Winston Churcill – bekas Perdana Menteri Britain. “Anjing memandang anda lebih tinggi, kucing memandang rendah anda, dan babi memandang anda sama sahaja di mata mereka.”

Dia menambahkan, “Ketika anda melihat babi tepat di mata, anda dapat mengetahui ada kecerdasan dan kepintaran mereka.”

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan