Saintis Sahkan Mario Kart Sebagai Permainan Paling Stress, Bukannya FIFA Ataupun COD

Satu kajian dilakukan oleh Bonus Finder tentang game yang mana paling memberikan tekanan mental kepada para pemain.

Agak mengejutkan apabila ianya adalah Mario Kart menungguli carta tersebut. Diikuti dengan FIFA 20 dan Call Of Duty.

Rasa mara / rage ketika bermain video game itu sememangnya perkara yang kita semua biasa tengok.

Malah ada yang memecahkan controller dan melakukan kerosakan lain kerana stress bermain game.

Jadi, amatlah penting untuk gamers lebih bijak dalam menangangi kemarahan dan tekanan ketika bermain video game.

Kajian Bonus Finder

Bonus Finder melakukan kajian dengan 14 gamers yang aktif. Di mana mereka telah diperiksa kadar degupan jantung ketika mereka bermain 16 permainan video yang berbeza.

Hasil dapatan kajian menyatakan bahawa Mario Kart merangsang kadar degupan jantung yang paling tinggi selepas 30 minit permainan.

Rata rata gamers mengalami lonjakan kadar degupan jantung sekitar 21 BPM bersamaand engan 32.81%.

Permainan video popular yang lain termasuk Fortnite, Call of Duty dan FIFA 20 juga digunakan dalam kajian Bonus Finder.

Dan berikut adalah kadar kenaikan pada kadar degupan janting selepas bermain beberapa permainan video.

1. Mario Kart – 32.81% purata kenaikan BPM
2. FIFA 20 –  31.25% purata kenaikan BPM
3. Call of Duty –  29.69% purata kenaikan BPM
4. Dark Souls – 28.13% purata kenaikan BPM
5. Fortnite –  26.56% purata kenaikan BPM

Jadi, kalau ada kawan korang yang mahu menghilangkan stress dengan bermain Mario Kart, sila suruh dia main Battlefield V.

Baca yang lain