Baru hari pertama Sukan Olimpik, Sajjad Sehen dah buat hal. Di mana atlet judo atau judoka dari Iraq itu kantoi dalam ujian doping.
Agensi doping antarabangsa mengesahkan bahawa Sajjad telah gagal kerana menggunakan barang terlarang steroid terlarang, metandienone dan boldenone.
Ujian dilakukan sebelum pertandingan bermula. Melibatkan beberapa atlet secara rawak. Dan akhirnya mendapati bahawa Sajjad Sehen didapati bersalah.
Ini menjadikan dia olimpian pertama yang disingkirkan dari Olimpik Paris 2024 kerana barang terlarang.
Ia tamparan hebat buat negaranya, Iraq yang mengharapkan Sajjad akan dapat membawa pulang emas dari acara lelaki 81 kg.
Sehen sepatutnya beraksi dalam saringan 32 akhir pada saingan 81kg. Dan dia terpaksa pulang awal.
Cae el primer doping en París
2024.
El judoca Sajjad Sehen se convirtió en el primer atleta de los Juegos Olímpicos de París 2024 en dar positivo por doping, por lo que ya no podrá estar presente.
Sehen, quien competiría en representación de Irak, no podrá participar en su… pic.twitter.com/mLIXhkJt7Z— NX Noticias (@NXNoticias) July 27, 2024
Dia juga akan berdepan dengan masalah lebih besar selepas ini. Kerana penggubalan barang terlarang adalah sangat ditegah. Sajjad bakal berdepan dengan dan penggantungan daripada Majlis Olimpik Antarabangsa dan juga Agensi Anti Doping.
Sukan Olimpik Paris sudah pun membuka tirainya secara rasmi semalam.