Saka Kecewa Pengadil Pilih Kasih

Bukayo Saka mungkin dalam masalah apabila dia secara terbuka mengkritik pengadil aksi Arsenal vs Brighton sebagai pilih kasih atau tidak konsisten dalam keputusan pengadilannya.

Dia menuntut agar pengadil lebih konsisten dalam pengadilan mereka. Saka merujuk kepada insiden kad kuning kedua Declan Rice dan juga insiden melibatkan pemain Brighton, Joao Pedro yang melakukan kesalahan yang sama.

Declan rice dibuang padang kerana telah didakwa menyepak bola ketika lawan mahu mengambil sepakan percuma segera. Dia dituduh tidak menghormati wisel.

Bermain dengan 10 orang Arsenal gagal mempertahankan kelebihan satu gol dan seri 1-1.

Saka berkata:”Saya tak nak salahkan pengadil menjadi punca kepada keputusan perlawanan. Namun pengadil haruslah lebih konsisten.

“Pada separuh masa pertama Joao Pedro menyepak bola [yang sepatutnya sudah dihentikan]. Dia menyepak bola jauh jauh dan tidak mendapat apa apa tindakan pun.

“Dec [Declan Rice] cuma sentuh sikit je pun, dan dia terus dapat kad kuning kedua. Ianya bagi saya agak sukar diterima,” kata pemain sayap Arsenal itu.

Kai Havertz meneruskan rentak golnya musim ini untuk Arsenal. Dia mencetak gol yang cantik hasil daripada kesilapan pertahanan lawan.

Namun Arsenal terpaksa bermain 9 pemain setelah Declan Rice dibuang padang minit ke-49 perlawanan. Joao Pedro menyamakan kedudukan pada minit ke-58 perlawanan dan kedua dua pasukan tidak dapat menambah sebarang gol lagi.

Mikel Arteta kelihatan berpuas hati dengan 1 mata mereka daripada perlawanan ini, memandangkan mereka beraksi cuma dengan 10 pemain sahaja.