Saksikan Detik Aaron Chia-Soh Wooi Yik Jadi Juara Dunia Pertama Dari Malaysia Tewaskan Ahsan-Hendra Setiawan

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik turun dalam aksi final acara beregu Kejohanan Dunia 2022 menentang juara dunia beberapa kali Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.

Permulaan set pertama, Aaron dan Wooi Yik agak gugup dan memberikan lawan mereka 3 mata mudah.

Ahsan dan Hendra Setiawan bermain dengan pengalaman mereka dan memaksa pasangan Malaysia mengejar mereka sepanjang set pertama.

Dua kali Aaron dan Wooi Yik mengikat Ahsan dan Hendra pada kedudukan 4-4 dan 6-6.

Pasangan Indonesia itu kemudian terus mendahuli dan melebarkan jurang mata terbesar pada set pertama dengan kedudukan 18-12.

Semangat juag beregu Malaysia itu tidak mudah mengalah. Dan mereka terus mengejar dan merapatkan jurang mata menjadi 18-16.

Sebelum pasangan Indonesia itu mendapat mata ke-19.

Tetapi selepas itu Aaron dan Wooi Yik memberikan magis mereka dengan mengutip 5 mata berturut turut untuk memenangi set perrtama 21-19.

Bersambung set kedua, pasangan Malaysia itu nampak lebih yakin.

Namun Ahsan dan Setiawan seperti biasa, memulakan perlawanan lebih tenang dan di hadapan.

Selepas ketinggalan 1-3, beregu Malaysia menjadikan kedudukan 4-3. Seterusnya menjarakkan diri 3 mata dengan 10-7.

Kemudian pada kedudukan 12-10, berlaku rali panjang dan dimenangi Malaysia untuk skor 13-10.

Aaron-Wooi Yik menjadikan kedudukan 15-11, jurang 4 mata selepas kesilapan daripada pemain lawan.

Pasangan Indonesia yang biasanya tenang itu mulai cemas dan melakukan beberapa siri kesilapan untuk membolehkan Malaysia mengutip mata demi mata sehingga 19-13.

Malaysia kemudian berada 6 mata akhir kejuaraan dunia pada skor 20-14.

Akhirnya Malaysia memuktamadkan kejohanan dunia yang ditunggu tunggu sekian lama!

Aduh hampir menitis air mata jantan aku menulis artikel ni.

Dan akhirnya Malaysia memiliki kejuaraan dunia pertama.

Saksikan detik bersejarah itu di sini:

 

Baca yang lain