Saksikan Gol Kemenangan Amad Diallo Singkir Liverpool Di Old Trafford

Nama Amad Diallo akan menjadi bualan peminat United di seluruh dunia. Mana tidaknya, dia menjaringkan salah satu gol terpenting United dalam kempen musim ini.

Manchester United berjaya melepasi cabaran Liverpool di Old Trafforf dalam saingan suku akhir Piala FA 2023/24.

Manchester United bernula dengan salah satu gaya bola terbaik mereka. Mereka berterusan memberikan tekanan kepada musuh tradisi mereka itu.

United di hadapan seawal minit ke-10 menerusi Mr Reliable, Scott McTominay.

Liverpool bergelut dengan intensiti yang dijelmakan Manchester United. Namun mereka perlahan lahan berjaya mendapatkan rentak.

Gol penyamaan Wataru Endo dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid pada binaan gol melibatkan Mohamed Salah.

Pada lewat separuh masa pertama, Alexis Mac Allister menyamakan kedudukan pada minit ke-44.

Mo Salah terus menjadikan Old Trafford sebagai tempat kegemarannya untuk mencetak gol dengan gol kedua pada masa kecederaan minit ke-45+2.

Pada separuh masa kedua Man United menyamakan kedudukan lewat masa sebenar menerusi Antony pada minit ke-87 untuk mengheret perlawanan ke masa ekstra 30 minit.

Pada masa ekstra, Liverpool di hadapan menerusi gol oleh Harvey Elliot yang melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti.

Namun Marcus Rashford menyamakan kedudukan pada minit ke-112.

Ketika Liverpool rancak menyerang, mereka terkena serangan balas yang disudahkan oleh Amad Diallo pada minit akhir perlawanan minit ke-120+1. Seminit kemudian penjaring gol kemenangan itu dibuang padang kerana kad kuning kedua ketika membuka baju untuk keraian gol.

Liverpool disingkirkan daripada Piala FA. Manchester United mara ke separuh akhir pertandingan tersebut.

Baca yang lain