Saksikan Gol Lipat Pemain Kashima Antlers Yang Mencabar Teori XG

Dunia mungkin baru sahaja mendapat pemenang pemenang Anugerah Puskas musim ini. Ianya apabila pemain asal Brazil yang beraksi untuk Kashima Antlers, Everaldo melakukan gol lipat atau bicycle kick yang sangat luar biasa.

Ya, kita banyak menyaksikan gol gol macam tu dalam bola sepak. Nama yang ini sangat unik dan genius.

Di mana Everaldo menerima bola kemudian menolak bola dengan lututnya mengatasi lawan lalu mengangkat sendiri bola untuk dia lipat. Dialah feeder dialah killer.

Penjaga gol hanya mampu melihat momen itu. Dan menyedari aksinya akan terpampang pada skrin besar untuk pencalonan Puskas nanti.

Lebih menarik, gol itu dilakukan pada minit-minit akhir sebelum perlawanan memasuki masa kecederaan pada minit ke-89. Ketika adrenalin menguasai diri.

Ianya juga gol yang membolehkan pasukannya mengelak daripada kekalahan di tangan Cerezo Osaka.

Bekas penyerang Chapecoense itu pasti akan mengingati kau itu buat selama-lamanya. Begitu juga dengan penyokong yang hadir. Mujur dia tak hilang fokus dengan sorakan kuat tu, mengikut teori abang menteri kita.

Ketika gol itu dihasilkan pasukannya di belakang 2-3. Dan gol itu menjadikan kedudukan 3-3.

xG angkat tangan

Laman penganalisis kebarangkalian gol The xG Phillosophy menyatakan bahawa gol itu telah memecahkan teori dalam model mereka.

Expected goals atau xG adalah data kemungkinan gol yang dicetak oleh seorang pemain dari berapa peluang yang tercipta. Secara sederhana xG bisa dikatakan sebagai gol yang diharapkan.

Data xG tentu saja berguna dalam memperlihatkan keberkesanan sebuah serangan atau bertujuan untuk mengukur kualiti sesebuah peluang yang tercipta.

xG akan mengira kemungkinan dari setiap peluang untuk menjadi sebuah gol.

Setiap peluang akhir atau percubaan masing-masing memiliki nilai xG tersendiri antara 0 sehingga satu. xG kosong bermakna peluang tersebut tidak mungkin menjadi gol, sementara satu peluang itu pasti menjadi gol.

Besarnya nilai xG dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti posisi, jarak, sudut percubaan, bagian tubuh yang digunakan saat melakukan percubaan, sehinggalah posisi penjaga gol di saat terjadinya percubaan.

Pola serangan juga sangat berpengaruh dalam xG, adakah ianya daripada situasi sepakan percuma atau sepakan penjuru.

Semakin jauh sesuatu percubaan dari gawang, maka makin kecil nilai xG. Selain itu, arah sudut tendangan juga berpengaruh, misalnya sudut sempit memiliki peluang gol yang kecil.

Jenis umpanan seperti umpanan hasil hantaran mendatar atau lambung pun akan memiliki nilai xG yang berbeda-beda.

Dengan adanya xG kini pundit boleh menyebut data kebarangkalian gol oleh seseorang pemain. Ianya sama dengan bahasa seperti, Lionel Messi melakukan 2 hatrik dalam setiap 20 percubaan ke arah gol.

Berbalik kepada wonder goals yang terhasil di liga J itu, ternyata Everaldo membuatkan XG Phillosophy surrender terus. Sangat sukar untuk meramalkan gol itu berlaku.

Saksikan:

Calon Puskas?

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.