Pepsi MAX telah merekrut Messi, Pogba, Salah dan Sterling untuk iklan bagi kempen Liga Juara-Juara Eropah – peringkat kalah mati yang sedang berlangsung.
Pepsi MAX merupakan antara rakan penaja utama untuk Liga Juara Juara Eropah.
Iklan eksklusif tersebut telah diberikan judul “Jangan pernah berhenti bermain / Play never stops”.
Iklan ini adalah hasil karya David Westland dan Jeremy Tribe, yang diarahkan oleh Henry Scholfield menerusi Caviar.
Henry Scholfield merupakan pengarah video yang sangat terkenal. Beliau pernah bekerjasama dengan beberapa artis terkemuka di dunia, termasuk Billie Eilish, Dua Lipa dan Stormzy.
Scholfield berkata: “Setiap orang memberikan sentuhan hebat, versi mereka di luar padang secara spontan, semulajadi dan berskil tinggi, sama seperti mereka ketika di atas padang.”
“Pepsi MAX, pasukan kreatif kita, dan kesemua rakan krew pasca produksi telah mewujudkan kolaborasi yang luar biasa.”
“Setiap orang yang terlibat telah memberikan sentuhan terbaik di setiap peringkat. Membuatkan filem ini menjadi sentuhan yang epik.”
Jalan cerita di dalam iklan ini memaparkan jagoan bola sepak dunia itu telah cuba berebut satu tin pepsi.
Pelbagai helah dilakukan oleh mereka bagi mendapatkan Pesi Max itu.
Penyerang Liverpool, Mo Salah menimbang dua biji bola. Sementara satu babak lagi di mana Pogba melakukan voli bola UCL ke arah Lionel Messi.
Raheem Sterling kemudian dilihat sedang diperdaya oleh Pogba dan banyak lagi babak menarik dalam iklan ini.
Akhir sekali keempat empat superstar ini minum Pepsi MAX bersama – sama.
Saksikan di sini:
Pepsi memang dikenali dengan iklan iklan bola sepaknya yang sedap dan juga menarik. Sebelum ini mereka juga pernah menghasilkan banyak iklan yang legenda.
Korang boleh layan di bawah ini buat kenangan: