Saksikan Video Firmino ‘Tanduk’ Bas Mourinho Di Anfield

Firmino menjelmakan magisnya pada hari ini. Firmino berlari ke arah The Kop end untuk meraikan salah satu gol terpenting musim ini.

Pertarungan taktikal yang sengit

Ianya perlawanan yang sangat sukar bagi kedua dua pasukan.

Mourinho dengan masterclassnya menggunkan sistem sit deep and counter attack.

Liverpool bermain sangat baik, menekan lawan dari awal sehingga akhir.

Kesabaran adalah kunci utama kemenangan Liverpool. Menjaringkan gol pertama menerusi Mo Salah.

Dan dibalas Spurs dengan hanya percubaan pertama mereka menerusi Son Heung Min. Jejaka Kpop itu kini menjadi pemain yang sangat digeruni di EPL.

Namun semangat The Reds tak pudar walau sedikitpun. Terus cuba mencari kemenangan.

Spurs persiakan peluang

Separuh masa kedua, Liverpool memulakan aksi dengan agak cemas. Di mana Spurs ada 3 peluang keemasan. Walaupun ketiga tiganya tiada dalam senarai stats OG.

Tapi kalau kau tengok game kau tau peluang itu sangat bahaya.

Mourinho menyatakan mereka mempersia siakan peluang di tangan mereka sendiri pada hari ini.

Spurs mempersiakan peluang untuk membuatkan pasukan high pressing seperti Liverpool kecewa. Sudah beberapa kali Mourinho melakukannya sebelum ini.

Namun bukan di Anfield.

Firmino sekali lagi

Ingat detik Firmino skor lawan PSG dahulu? Ini adalah momen yang hampir sama.

Momen di mana Firmino menanduk masuk bola memastikan Anfield terus menjadi gelanggang kebal buat Liverpool.

Liverpool kini 66 perlawanan tanpa kalah di Anfield dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Detik yang membuatkan kau mungkin baru mengejutkan orang lain pada pagi pagi buta ini.

Prestasi pemain muda

Rhys Williams dan Curtis Jones membalas kepercayaan Klopp dengan memberikan persembahan terpuji pada hari ini.

Williams membuatkan Harry Kane hilang arah dengan keupayaan fizikal dan ketenangannya.

Curtis Jones memberikan impak besar separuh masa pertama. Walaupun agak menurun pada separuh masa kedua.

Itu lebih kepada peranannya yang diarahkan Klopp untuk lebih ke bawah.

Sifirnya mudah, nak tolak Gini lebih ke atas kerana pemain itu lebih fizikal. Curtis Jones pula lebih laju untuk mengejar pemain lawan ketika serangan balas.

 

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang