Siapa yang tak kenal Mat Yo ataupun nama penuhnya Norshahrul Idlan Talaha. Beliau kini sah bermain untuk pasukan Liga Thailand, bersama pasukan BG Pathum United.
Norshahrul Idlan Talaha pemain yang boleh bermain di posisi penyerang sama ada sebagai no.9 atapun penyerang kedua.
Norshahrul Idlan Talaha sudah berusia 33 tahun pada musim ini, namun beliau masih menarik perhatian banyak kelab di Liga Malaysia dan juga liga di sekitar Asia Tenggara.
Dan kini, beliau tetap mahu meneruskan kariernya di peringkat tertinggi.
Cabaran bermain di Thai League 1 adalah cabaran yang besar buat Mat Yo.
BGPU Raikan Mat Yo
Beliau diraikan sebagai marquee signing oleh kelab tersebut yang menganggap Mat Yo sebagai legenda.
Kelab yang naik ke divisyen 1 Thailand itu mahu menguatkan pasukan mereka selepas kejayaan menjuarai Liga 2 Thailand musim lalu.
Mat Yo sudah beramah mesra dengan pegawai dan jurulatih sebaik sahaja tiba di Bangkok.
Penyerang skuad Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha diperkenalkan kepada pegawai dan jurulatih @BGPUnited sebaik sahaja tiba di Bangkok semalam.
Beliau dijangka akan menandatangani kontrak hari ini. pic.twitter.com/7R0LqnZw8c
— VOCKET FC (@vocketfc) January 16, 2020
Hari ini beliau diumum sebagai pemain rasmi pasukan tersebut. Dan Mat Yo kelihatan sangat teruja dengan cabaran baharu di dalam kariernya.
Official: Malaysian striker Norshahrul Idlan bin Talaha 🇲🇾 complete his move to BG Pathum United 🇹🇭.
You can follow him and the club at @BGPUnited @BGNewsUpdate pic.twitter.com/tKvlGnc7zO
— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) January 16, 2020
Mat Yo turut diberikan jersi no.99 oleh BG Pathum United. Jersi unik untuk pemain kebangsaan Malaysia itu.
Matyo sah sertai BG Pathum United selepas lulus ujian perubatan hari ini. Katanya akan pakai no.99. Ons tak ons?🔥 pic.twitter.com/giegR0YC63
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 16, 2020
Jadi jom lihat pula video pegumuman khas daripada pasukan BG Pathum United yang mengumumkan kedatangan Norshahrul Idlan Talaha.
Prestasi Mat Yo dalam kancah Piala AFF yang lalu memang banyak menaikkan semula nama pemain ini di mata kelab Asean.
Beliau musim lalu bermain untuk pasukan Pahang. Namun musim 2020, Norshahrul Idlan Talaha dan Pahang tidak menjalinkan kesepakatan lagi.
Misi Mat Yo
Sudah tiba masanya untuk Mat Yo berkelana di luar negara walaupun sudah bergelar pemain veteran.
Norshahrul berkata: “Saya sangat gembira menyertai kelab besar seperti BGPU. Ini pertama kalinya saya bermain senagai profesional di luar negara.”
“Dan saya sangat teruja untuk bermain di liga kompetitif Thai 1.”
Norshahrul meletakkan misi mahu membantu pasukannya memenangi piala dan dihadiahkan kepada para penyokong.
Beliau berharap para penyokong BGPU akan memberikan sokongan padu kepadanya.
“Misi saya adalah untuk membantu pasukan ini menjadi juara sekurang-kurangnya 1 piala tahun ini. ”
“Saya harap penyokong BGPU akan memberikan saya sokongan penuh, dari permulaan liga sehinggalah akhir musim liga, sehingga saya dapat mencapai sesuatu di sini.”
Selamat Maju Jaya Norshahrul Idlan Talaha aka Mat Yo
Rata-rata peminat bola sepak tanah air mendoakan yang terbaik untuk Norshahrul Idlan Talaha yang akan memulakan musim sulung di Thailand pada tahun ini.
Ramai yang sudah tak sabar nak melihat aksi Mat Yo di bumi Siam.
Semoga Mat Yo terus sukses dan mencapai matlamat yang dihajatkan di sana dan dipermudahkan segala urusan.