Salah Hutang Wenger

Mohamed Salah dedahkan dia terhutang budi dengan Arsene Wenger kerana satu nasihat pengurus legenda itu antara yang membantunya di dalam kariernya.

Wenger pernah bercakap sendiri secara peribadi dengan Mohamed SSalah tentang pemain yang bagus dengan pemain yang hebat.

“Pernah sekali, saya tanya Arsene Wenger perbezaan di antara pemain yang bagus dengan pemain yang hebat. Dia beritau saya: ‘Pemain hebat akan sentiasa fokus walau dalam apa jua kedaan, dia akan menunjukkan prestasi cemerlang. Mereka sentiasa kekal fokus dan menunggu momen’.

“Dan saya ambil nasihat itu, Jika kamu kekal fokus, mungkin  kamu akan mendapat satu peluang, ” kata Salah.

Mo Salah pernah berkongsi perkara yang sama beberapa bulan lalu di saluran rasmi Liverpool. Dia menegaskan bahawa dia sentiasa mencari momen terbaik apabila keadaan sukar.

Kenyataan Salah itu mengingatkan kita kepada satu peristiwa di mana dia telah memberitahu Bernardo Silva: ‘Saya perlukan 1 je peluang, dan pastikan kamu membayarnya’. Dan dia benar benar mendapat 1 peluang  itu dan mencetak gol di hadapan Bernardo Silva.

Mo Salah kini menjadi salah seorang pemain terbaik di liga utama Eropah. Dia benar benar konsisten tidak kira pasukannya beraksi baik atau tak, dia kekal dengan prestasi individunya  yang ceemerlang.

Baru baru ini Wenger memuji Mo Salah sebagai pemain yang lebih lengkap kerana jumlah assistnya yang semakin meningkat bersama sama dengan golnya. Itu membuktikan Salah mulai menyedari kepentingan permainan berpasukan, tegas Tun Wenger.

Wenger memberikan contoh: “Beberapa tahun lalu kita melihat insiden dia dengan Mane bergaduh. Bukti bahawa masing masing obses dengan gol.”

Wenger yakin Salah lebih seronok bermain setelah kreativitinya semakin meningkat.