Salah Jelaskan Isu Kontrak Dan Minat Barcelona Ke Atasnya

Mohamed Salah memberikan komen beliau tentang masa depannya di Liverpool. Dan pada masa yang sama turut memberikan komen tentang berita yang mengaitkannya dengan Barcelona.

Kontrak semasa Mohamed Salah akan memasuki tahun akhir pada musim hadapan. Dan masih belum ada kesepakatan kontrak baharu yang dicapai.

Salah meluangkan masa untuk bercakap dengan siaran TV tempatan Mesir iaitu MBC Masr TV. Beliau menjelaskan sekali lagi bahawa, isu kontrak bukan terletak di tangannya dalam membuat keputusan akhir.

Sebaliknya ia bergantung kepada keputusan kelab sebagai pihak yang akan menentukan keputusan akhir. Salah menegaskan bahawa, jika keputusan di tangannya, sudah tentu beliau mahu terus kekal di Liverpool.

Salah: Bukan saya yang menentukannya

Salah berkata: “Saya sudah memberitahu perkara ini beberapa kali sebelum ini, jika keputusan ini di tangan saya, saya mahu terus kekal di Liverpool.”

“Tetapi sebaliknya keputusan ini adalah di tangan pengurusan [Liverpool] – dan mereka yang harus menyelesaikan isu ini.”

“Setakat ini tiada masalah dalam rundingan kami. Namun kami harus mencapai kesepakatan untuk kontrak [baharu]. Segalanya bergantung kepada mereka [kelab Liverpool FC].”

Salah turut ditanya tentang berita yang mengaitkannya dengan permintaan gaji terlampau tinggi, untuk kekal di Liverpool pada fasa terakhir peak beliau.

Salah menjelaskan bahawa, jika sesuatu kelab sanggup membayar seseorang pemain itu gaji tinggi bermakna mereka percayakan pemain tersebut dan mahu melakukan apab sahaja untuk pemain tersebut kekal.

Ejen Salah dikatakan meminta GBP500k seminggu untuk Salah. Untuk menjadikan Salah sebagai pemain dengan gaji paling tinggi dalam sejarah Liverpool.

Tetapi Salah menafikan faktor wang sebagai isu paling mustahak dalam rundingan kontrak kali ini. Ianya melibatkan beberapa perkara lain lagi.

Mo Salah menambah: “Nilai kamu dari sudut kewangan akan menunjukkan betapa kelab menghargai kamu dan mereka bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk kamu terus kekal.”

“Namun keputusan ini bukan bergantung kepada isu wang semata mata. Ianya melibatkan perkara seperti cita-cita pasukan dan jurulatih. Serta apa yang dia mahu lakukan untuk pasukan ini.”

“Perkara-perkara ini kesemuanya menjadi pertimbangan penting dalam membuat keputusan.”

Barcelona mahukan Salah

Ditanya tentang berita yang mengaitkan Barcelona mahukan Salah. Pemain itu berbangga dan berbesar hati apabila kelab segah Barcelona mahukan beliau. Salah menganggap itu satu penghormatan.

“Saya ada terbaca tentang berita yang menyatakan bahawa Xavi berminat untuk menandatangani saya.”

“Berita sebegini membuatkan saya gembira apabila pasukan seperti Barcelona berminat dengan saya.”

“Namun saya ingin menegaskan bahawa saya gembira di Liverpool dan kita akan lihat apa yang akan berlaku di masa akan datang.”

“Tetapi buat masa ini, saya mahu terus kekal di Liga Inggeris yang merupakan liga paling sengit di dunia.”

Mohamed Salah terus menjadi bintang penting di Anfield. Sejak menyertai Liverpool, Salah telah menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia.

Beliau membantu kelab menjuarai Liga Juara Juara Eropah dan juga Liga Perdana Inggeris. Pencapaian yang sangat luar biasa.

Musim ini Salah meneruskan kecemerlangannya sebagai penggempur elit di Eropah. Salah menjadi antara pemain dengan sumbangan gol yang tinggi sama ada dari segi jaringan dan assist.

Tidak lupa, Salah juga sudah melakukan beberapa gol dengan kualiti individu yang sangat cantik.

Salah merupakan penyerang sayap yang digeruni sejak bermain untuk Liverpool. Beliau sebelum ini pernah bermain untuk Chelsea. Namun tidak diberikan peluang yang lebih banyak.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.