Liverpool melayan kunjungan Brentford di Anfield. Selepas mereka keciciran mata menentang Luton Town dan kalah di tangan Toulouse pada aksi UCL sebelum ini.
Kali ini The Reds mempamerkan aksi jauh lebih baik di hadapan penyokong sendiri.
Dua gol daripada Mohamed Salah dan 1 lagi daripada Diogo Jota membolehkan The Reds kini di tangga kedua dalam carta EPL. Sama mata dengan Arsenal namun mereka ada kelebihan dari aspek perbezaan jaringan.
Mohamed Salah kini menjadi pemain Liverpool pertama menjaringkan dalam kesemua 6 perlawanan liga berturut turut di Anfield untuk Liverpool.
Dia membuka tirai jaringan pada minit ke-39, selepas menerima hantaran bijak daripada Darwin Nunez.
Klopp menganggap gol itu bukti bahawa Mo Salah memiliki ketenangan yang luar biasa. “Pada masa itu, ketenangan dan kejituan beliau sangat gila baqhang.”
“Tiada ragu ragu kalai dia menerima bola di kawasan itu, akhirnya kamu akan melihat namanya dalam senarai penjaring. Dia ni memang pemain sangat istimewa.”
Pada separu masa kedua, Mo Salah yang tidak dikawal menanduk masuk bola daripada Kostas Tsimikas, ketika pemain pemain Brentford merasakan bola sudah terkeluar daripada permainan.
Ternyata bola belum keluar sepenuhnya pun. Dan Salah dengan mudah mendapat gol yang seolah olah satu hadiah percuma kepadanya.
Diogo Jota memastikan 3 mata buat Liverpool denga gol ketiga minit ke-74. Memastikan Liverpool menang buat kali kesembilan di Anfield dalam semua pertandingan musim ini dengan 27 gol terhasil.
Saksikan lampu tinggi: