Salah Nunez Jota Wira Kemenangan Liverpool Atasi West Ham

Liverpool melayan kunjunga West Ham di Anfield. The Reds menerima kembali kepulangan Virgil Van Dijk dalam pasukan mereka selepas selesai menjalani penggantungan.

Kedua dua pasukan mendapat peluang awal menerusi Dominik Szoboszlai dan Soucek. Namun gagal menghasilkan gol.

Liverpool tidak cukup laju dalam gerakan mereka. Jelas sekali persembahan itu agak meresahkan peminat Liverpool yang berharap pasukan mereka meneruskan lagi prestasi cemerlang sebelum ini.

The Reds akhirnya mendapat penalti pada minit ke-15. Dan tugasan itu dengan mudah disudahkan oleh pemain yang sentiasa boleh harap untuk tugasan sepakan penalti iaitu Mohamed Salah. Mohamed Salah kini menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol atau menyumbang assist dalam 12 perlawanan Liga Perdana Inggeris berturut turut.

Liverpool terus mencari gol kedua dan mendapat beberapa lagi peluang keemasan. Malangnya, mereka gagal untuk menembusi gawang West Ham.

Ketika Liverpool bergelut mencari gol kedua, West Ham perlahan lahan melakukan tekanan demi tekanan dan mencipta lebih banyak peluang. Jarred Bowen akhirnya menyempurnakan hantaran Coufal dengan tandukan terbang yang berani. Di mana dia melayangkan badannya memenangi bola rendah untuk menewaskan Alisson Becker di gawang gol.

Anfield kemudian bergema meraikan gol daripada Curtis Jones. Tetapi malangnya gol itu dibatalkan VAR kerana ternyata pemain itu terlalu awal bergerak lalu ofsaid terlebih dahulu sebelum menerima bola.

Tidak lama kemudian pada masa kecederaan, Mohamed Salah melakukan hantaran rendah cantik kepada Darwin Nunez. Bola dirembat oleh penyerang Uruguay itu tetapi berjaya diselamatkan dengan baik oleh Areola. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 1-1.

Pada separuh masa kedua, Liverpool memperbaiki tempo permainan mereka. Namun awal 15 minit petama Hammers terus kental bertahan.

Sehingga akhirnya pada minit ke-60, Darwin Nunez meletakkan Liverpool di hadapan buat pertama kali dalam perlawanan ini. Ianya berpunca daripada pertahanan yang kurang kemas oleh West Ham, gagal mengeluarkan bola dengan baik.

Kemudian, Diogo Jota menambah satu lagi gol untuk Liverpool pada minit ke-85, selepas dia menerima bola daripada tandukan Virgil Van Dijk. Jota dengan mudah menolak masuk bola dari jarak dekat.

Tamat perlawanan Liverpool 3 West Ham 1.