Salah Ozan Kabak Ke Salah Alisson?

Satu persoalan menarik apabila ada yang bertanya, moment itu tadi salah Alisson ke salah Ozan Kabak?

Dari pandangan ini, Alisson nampak berada dalam kedudukan selesa nak sweeping bola. Sama ada melakukan sepakan ataupun tandukan.

Namun Kabak tetap pergi ke arah bola yang sama.

Dan mereka bertembung lalu menghasilkan detik yang gila ini.

Jadi korang ada pandangan tersendiri?

Salah pengurusan sendiri

Jawapan saya, ini salah Liverpool sendiri. Ya situasi itu ianya tanggungjawab Alisson berbanding dengan Kabak. Sebab hukum penjaga gol ni, salah satu daripadanya, kau keluar kawasan kau, kau kena memenangi bola. Tak kira la apa yang berlaku.

Tapi salah FSG yang kedekut adalah lebih besar daripada itu.

Liverpool sekarang dalam bad moment. Benda ni sebenarnya sudah dijangka dengan krisis kecederaan yang lambat ditampal.

Kesian kat Kabak, baru join terus main big game. Tapi nak buat macamana, lambat sangat nak beli bek tengah baharu. Dah tahu rekod Matip, Joe Gomez tu macamana dia punya injury.

Paling terkesan bila VVD cedera. Terus huru hara. Tu pun pakai lagi Fabinho. Tu ok lagi memang dia pernah main defend sebelum ni masa dia muda remaja.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila intensiti dan tuntutan permainan dengan jadual padat membuatkan Klopp perlu mengurangkan sedikit tanggungjawab pemain seperti Nat Phillips dan Rhys Williams.

Mereka dari team pembangunan. Dan tidak seharusnya terlalu dibebankan dengan tugasan pasukan utama. Ini bukan tugasan biasa. Ini tugasan sebagai juara bertahan dan juara Eropah dua musim lalu.

Henderson pula masuk jadi CB. Liverpool diexposed dengan teruk oleh City, cara menewaskan mereka adalah dengan banyakkan movement di pertahanan Liverpool.

Sebab dalam beberapa game, pertahanan Liverpool tanpa pure CB nampak ok sebab apa? Ya sebab Liverpool bermain banyak di kawasan lawan.

Bila hilang bola mereka gegenpress dan berjaya. Tapi musim ni tak macam musim lepas. Jadual padat nak mampos. So pemain ni manusia juga.

Isu terbesar Liverpool terlalu lambat sign new CB. Patut awal musim lagi dah sign dah. Aku dah cakap dah sign je sesiapa sahaja CB berpengalaman buat back up. Macam kita sign Matip sebelum ni.

Sebab kita kehilangan Lovren sebelum ni. Walaupun dia bukan VVD tapi dia senior CB.

Kelab lain pun terkesan dengan wabak yang melanda. Nak kata tak boleh nak sign bek baharu, tengok boleh je sign Davies dengan Ozan Kabak. Pada Januari lagi tu.

Biasanya Januari ni paling payah nak sign pemain.

Klopp menurunkan skuad yang tanpa gandingan dua CB tulen dalam banyak sekali perlawanan musim ini.

Situasi di Liverpool ni seperti kau bawak kereta yang kau tahu ada masalah. Tapi kau bawak juga sebab kau malas nak repair kerana nak jimat duit.

Kau tahu bila bila masa kereta tu akan rosak juga cuma kau tak tahu dia rosak teruk macamana.

Dan bila rosak, kau cakap ok lagi. Pakai lagi. Akhirnya kereta benar benar rosak. Baru kau terhegeh hegeh nak repair dan boleh pulak kau usahakan repair yang ada harga murah.

Liverpool mungkin menjangkakan impak dia tak seteruk ini. Tapi mereka kena ingat pasukan pesaing mereka semua menguatkan pasukan mereka dengan tambahan squad depth.

Man United terus sign player walaupun mereka terlepas sasaran utama.

Chelsea antara team yang sangat banyak berbelanja dan mereka semakin serasi sekarang.

Man City menguatkan team mereka dengan beberapa signing.

Musim lalu Liverpool tak sign player tapi masih juara? Berbeza kerana squad depth kita berubah dan krisis kecederaan musim ni tidak seperti musim lalu.

Sekarang ini, Liverpool sudah ada dua bek tengah baharu. Ianya akan menelan proses untuk penyesuaian. Ozan Kabak baru training satu perlawanan untuk Liverpool. Ianya rumit.

Jika Ozan Kabak ditandatangani lebih awal dan melalui proses penyesuaian lebih awal, mungkin confusion seperti ini tak berlaku. Kerana Alisson sudah banyak kali melakukan sweeping bola seperti ini.

Komunikasi mereka mungkin lebih baik.

Apapun, memang masa ni Liverpool dalam krisis prestasi. Semoga bangkit lebih baik selepas ini. Musim ini kita kejar top 4 je la dulu. Tu pun bergantung kepada keputusan pasukan pesaing.

YNWA.