Salah Tolak Tawaran Luar Biasa Saudi Demi Liverpool

Mohamad Salah menerima gaji hampir £400 ribu seminggu di Liverpool selama 3 tahun lagi. Sebagai pecahan, gaji asas Mo Salah adalah sekitar £350 ribu dan bonus tambahan yang realistik membolehkan dia mengaut kira kira £400 ribu seminggu.

Pemain tersebut menerima tawaran sekitar £500 ribu seminggu dari Saudi. Namun dia memutuskan untuk terus kekal di Liverpool. Tawaran yang sama dia terima dari Saudi sebelum ini dan dia juga memutuskan untuk terus kekal.

Banyak faktor yang dipertimbangkan Mo Salah. Selain daripada keluarganya yang sudah selesa berada di Liverpool, dia juga mahu terus bermain di peringkat tertinggi dalam masa 3 tahun lagi.

Mo Salah sudah menyatakan sebelum ini wang bukan segalanya. Jika dia memilih lebih kemewahan dia sudah datang ke Saudi. Yang menawarkan gaji lebih besar dan kerajaan negara itu sedia menambah pakej untuk menjadi duta negara tersebut dalam arena bola sepak.

Cita cita bola sepak Mo Salah masih lagi kuat. Dalam kenyataannya ketika melanjutkan kontrak secara rasmi dia percaya dia akan mampu memenangi beberapa trofi lagi bersama Liverpool dalam maasa beberapa tahun lagi.

Selain itu, faktor keluarga juga dikatakan penting untuk Salah membuat keputusan kekal di Liverpool. Isterinya Magi dan anaknya Makka dan Kayan sangat gembira dan selesa di Liverpool. Yang turut dikatakan menjadi faktor penting dalam keputusannya mahu terus kekal bersama The Reds.