Salah, Van Dijk Hampir Pasti Lanjutkan Kontrak Baharu

Melissa Reddy melaporkan bahawa Virgil Van Dijk dan Mo Salah dijangka akan menandatangani kontrak baharu dalam masa terdekat.

Melissa Reddy ibarat David Ornstein untuk Arsenal – bagi peminat Liverpool.

Namun begitu tiada perkembangan tentang Trent Alexander Arnold yang turut tamat kontrak selepas musim ini berakhir.

Trent Alexander Arnold sedang rancak dikaitkan dengan Real Madrid. Dengan gergasi Los Blancos itu mengenalpasti dia sebagai calon pengganti utama untuk Dani Carvajal.

Ahad lalu, David Ornstein melaporkan Liverpool sudah menawarkan kontrak baharu kepada ketiga tiga pemain tersebut.

Dan pada Isnin, Melissa Reddy tampil dengan kemaskini yang positif tentang dua bintang Liverpool, Van Dijk dan Mohamed Salah.

Melissa berkata: “Informasi saya kekal konsisten, semua pihak sedang berunding. Mereka  semua positif dan saling menghormati.

“Sudah banyak  bukti bahawa Salah dan Van Dijk mahu terus kekal. Mereka jelas sekali mahu kekal. Mereka malah bersuara tentangnya. Dan kemungkinan jika di pihak mereka agak pasrah kerana perkara ini berlarutan terlalu lama.

“Namun kedua dua pemain mahu terus kekal di Liverpool.”

Seterusnya, Melissa Reddy menegaskan situasi Trent Alexander Arnold sangat berbeza. Kerana Real Madrid serius mahukan pemain itu.

Sebagai tambahan ketiga tiga pemain tersebut masih boleh bercakap dengan mana mana kelab secara bebas pada 1 Januari, jika tiada kontrak dimeterai dengan Liverpool.

Melissa Reddy menegaskan Trent Alexander Arnold mungkin mahu  menggunakan kesempatan itu untuk mempertimbangkan tentang masa depannya.

Namun untuk Virg dan Salah, kedua dua pemain tidak begitu memikirkan soal rundingan dengan kelab lain pada Januari.

Salah dan Van Dijk terus menjadi nadi penting  Liverpool sejak menyertai kelab itu. Kedua duanya berada dalam prestasi cemerlang mereka pada ketika ini.

Trent Alexander Arnold juga begitu. Dan jika pemain ini memilih ke Madrid, ianya akan membuatkan Liverpool perlu mencari alternatif terbaik.

Bintang muda, Connor Bradley dianggap calon terbaik menggantikan pemain itu.