Salahkan Polis Punca 127 Penyokong Maut, Penyokong Arema Merusuh Depan Balai Polis

Bola sepak Indonesia berduka pada hari ini apabila kira kira 127 orang penyokong Arema dilaporkan maut dalam rusuhan penyokong yang bertembung dengan pihak keselamatan di dalam stadium.

Keadaan itu berlaku di Kanjuruhan. Ianya tercetus apabila penyokong Arema tiba tiba menceroboh masuk ke dalam padang dan mulai merusuh selepas pasukan mereka kalah di tangan Persebaya.

Polis dan petugas keselamatan bertempur dengan perusuh dan melepaskan gas pemedih mata yang dilaporkan membuatkan ramai sesak nafas dalam kepada ratusan penyokong dipijak penyokong lain di atas padang.

Ini dianggap tragedi paling buruk dalam bola sepak Indonesia.

Penyokong mengamuk dan merusuh selepas kalah merupakan perkara yang sudah berlaku di Indonesia beberapa kali musim ini. Ada juga kes penyokong menyerang pengadil selepas tak berpuas hati.

Akibat tidak berpuas hati dengan polis, penyokong Arema dilaporkan merusuh di depan balai polis tanda protes. Mereka mempersoalkan cara polis mengendalikan rusuhan penyokong sehingga 127 terkorban dan ratusan lagi cedera.

Mereka juga mempersoalkan penggunaan gas pemedih mata oleh polis yang dilaporkan menyebabkan sesak nafas di kalangan penyokong yang merusuh tersebut.

Kira kira 10 kenderaan polis dirosakkan diterbalikkan ketika rusuhan di stadium tersebut.

Penyokong mempersoalkan kredibiliti polis Indonesia dalam mengendalikan situasi rusuhan penyokong seperti ini.

Tragedi ini benar benar meruntun jiwa ramai peminat bola sepak. Bola sepak seharusnya tidak menjadi sebab kenapa seseorang itu tidak pernah balik ke rumah lagi.

Baca yang lain