Salahkan Sorakan Penyokong Punca Kekalahan, Menteri Sukan Minta Maaf

Tindakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tampil dengan kenyataan kontroversi semalam telah mengundang pelbagai reaksi.

Selaku menteri yang memegang port folio sukan, sudah tentunya peminat mengharapkan dia mengeluarkan kenyataan yang lebih masuk akal.

Malangnya, Faizal Azumu menyalahkan penyokong sebagai punca kekalahan pasukan Malaysia. Sambil membidas pihak yang mengkritik Farizal Marlias.

Faizal yang turut hadir ke stadium ketika aksi menentang Bahrain mendapati bahawa sorakan penyokong yang terlalu kuat telah menjadi punca kekalahan pasukan Malaysia.

Menurutnya situasi itu membuatkan pemain hilang fokus dan jadi keliru. Faizal membentangkan satu analisis yang sangat rare.

Pasukan Harimau Malaya tewas 1-2 dengan Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu lalu.

Malaysia mendahului terlebih dahulu sebelum Bahrain bangkit dengan 2 gol dan menang.

Faizal tidak gembira dengan faktor luaran telah mempengaruhi prestasi Malaysia iaitu kerana sorakan daripada lebih 67 ribu orang yang hadir pada masa itu.

Di mana para penyokong tiba tiba bersorak dengan girang selepas gol pertama dan membuatkan para pemain hilang fokus.

Dipetik daripada Harian Metro, Faizal berkata: “Seingat saya sejurus jaringan pertama kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak.”

“Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekali gus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol.”

Oleh itu Faizal selaku menteri KBS menyatakan bahawa kekalahan itu bukan 100% salah pemain. Kerana penyokong telah membuatkan fokus pemain ketika itu lari.

Dia menjelaskan, kalau dia berada di padang pada ketika itu, dan tiba tiba penyokong menjerit ramai ramai, dia pun akan hilang fokus.

Peminat bola sepak agak bengang dengan kenyataan tersebut. Penyokong hadir ke stadium dan memainkan peranan mereka memberikan sokongan dengan sorakan yang kuat.

Namun sayangnya, usaha itu hanyalah dipandang sebagai punca kekalahan pasukan Malaysia pula.

Ultras Malaya antara yang mengeluarkan kenyataan marah mereka kepada Faizal. Ultras Malaya menyindir Faizak kot kot dia mahu sorakan khas daripada curva?

Selepas membuat kenyataan kontroversi tersebut, Faizal Azumu meminta maaf. Menurutnya, sorakan daripada pemain ke-12 aka penyokong adalah sangat penting.

Dalam tweet ringkasnya, Faizal Azumu berkata: “Sorakan dan sokongan para penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan amat dihargai.”

“Bila dah kena balun, saya pun pening.”

“Cakap cakap bola saya sebelum ini telah disalah erti. Ampun dan maaf atas kesilapan saya.”

Malaysia masih ada satu lagi perlawanan dalam usaha untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia. Malaysia akan berdepan dengan Bangladesh.

Pastinya penyokong Harimau Malaya sudah tak sabar untuk hadir dan bersorak di dalam stadium sekali lagi.

Baca yang lain