Saliba Iktiraf Diri Sendiri Sebagai Salah Seorang Terbaik Dunia

Menjelang aksi antara Arsenal dan Man City, William Saliba mengiktiraf  dirinya sebagai salah seorang bek tengah terbaik di dunia pada masa ini.

Dia menyatakan untuk menjadi terbaik dunia dia harus memenangi kejuaraan besar seperti EPL atau UCL.

Saliba berkembang dengan sangat pesat sejak menyertai Arsenal. Walaupun pada awalnya dia dianggap mungkin tidak akan menjadi pemain dikehendaki Arteta.

Dia berkata:

“Saya berada di landasan yang betul sejak dua musim lalu, terutama musim lalu. Saya mungkin dalam perjalanan untuk menjadi pertahanan terbaik di dunia. Saya rasa saya antara yang terbaik di dunia pada masa ini, tetapi untuk mengatakan bahawa saya terbaik di dunia, saya perlu memenangi beberapa gelaran [besar]. Saya rasa itulah yang saya hilang sekarang.

“Jika anda memenangi trofi, anda bagus dan jika tidak, anda tidak boleh mengatakan anda adalah yang terbaik. Itulah yang saya percaya. Saya antara yang terbaik di dunia,” katanya.

Dia juga memuji Erling Haaland sebagai penyerang berkelas dunia pada masa ini.

“Dia pemain hebat. Salah seorang terbaik di dunia. Ianya sukar untuk bermain menentangnya. Namun musim lalu kami memberikan segalanya untuk menghentikannya.  Dan dia gagal menjaringkan gol ke atas kami.

Arsenal akan menentang Man City pada aksi Ahad ini. Aksi yang boleh menjadi penentu kepada kejuaraan pada akhir musim ini walaupun persaingan masih awal.

Mikel Arteta dan Pep Guardiola masing masing sukakan bola sepak menyerang.