Sallai Jadi Senjata Hungary Malukan England 0-4 Di Molineux

England meneruskan prestasi buruk mereka dengan kekalahan memalukan 4-0 di tempat sendiri kepada Hungary dalam Liga Negara-Negara UEFA.

England tidak menyangkan bahawa mereka akan melalui kempen UNL musim ini dengan sangat teruk seperti ini.

The Three Lions masih belum meraih kemenangan pertama mereka dalam pertandingan tahun ini dan ditewaskan teruk oleh Hungary buat kali kedua dalam tempoh sepuluh hari.

Ia juga merupakan kekalahan terburuk England di tempat sendiri sejak 1928. Dengan margin 4 gol.

England tewas 1-0 di Budapest pada 4 Jun yang lalu. Ianya dianggap kejutan terbesar dalam kumpulan ini. England kemudian seri berturut-turut menentang Jerman dan Itali.

Jika di Budapest dianggap upset terbesar, bagaimana pula dengan kekalahan 0-4 England di tempat sendiri di tangan pasukan Hungary sekali lagi?

Anak buah Gareth Southgate sedang mencari kemenangan pertama mereka dalam kempen di Molineux tetapi permainan berakhir dengan keputusan sangat memalukan berikutan dua jaringan daripada Roland Sallai, satu jaringan menakjubkan dari Zsolt Nagy dan satu gol lewat dari Daniel Gazdag.

Sallai menjadi nama yang sangat menonjol. Menjadi pemain Hungary pertama selepas Ferenc Puskas dan Nandor Hidegkuti pada 1953 menjaringkan 2 gol ke atas England. Ketika itu Hungary adalah generasi emas.

Di mana Hungary menjadi pasukan pertama menjaringkan lebih 4 gol ke atas England di England.

Sallai menjadi senjata ampuh Hungary untuk menewaskan England.

Hungary hanya melakukan enam percubaan dalam perlawanan ini. 5 on target dan 4 gol yang terhasil. England menguasai hampir 70% perlawanan, namun mereka tidak dapat berbuat apa apa daripada penguasaan bola sebesar itu.

Sementara itu, England turut mendapat 1 kad merah berbanding dengan lawan mereka.

Ia merupakan rehat antarabangsa yang menyedihkan untuk England dan peminat di media sosial telah menggesa Southgate dipecat serta merta.

Tetapi itu agak mustahil kerana Southgate sedang mempersiapkan pasukan England yang akan bertanding dalam aksi Piala Dunia pada akhir tahun ini.

Di tempat duduk penyokong, para penyokong di dalam stadium melaungkan “Anda tidak tahu apa yang anda lakukan” selepas Southgate membawa masuk Harry Maguire untuk menggantikan Bukayo Saka berikutan John Stones dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua yang teruk pada lewat perlawanan.

Mereka mempersoalkan pertukaran tersebut.

Finalis Euro 2020 kini telah melalui lebih enam jam tanpa menjaringkan sebarang gol gol daripada permainan terbuka. Dan mereka hanya boleh menarik nafas lega kerana memikirkan bahawa Piala Dunia akan berlangsung pada akhir tahun ini. Kalau tak memang teruk prestasi England ni.

Kekalahan malam Selasa adalah yang paling teruk selama 12 tahun dan membawa kepada ejekan dan ejekan yang kuat apabila wisel penamat didengari.

Di media sosial para peminat berterusan mengecam Gareth Southgate selepas kekalahan memalukan itu. Mereka juga mengingatkan Southgate bahawa dia memiliki pilihan yang sangat besar untuk memilih pemain dari kalangan pemain bintang yang beraksi di EPL dan liga utama eropah yang lain berbanding dengan lawan mereka.

Hungary yang sebelum ini dianggap pasukan tempat mencari mata oleh 3 lagi pasukan kuat, ternyata membuat kejutan. Selepas 4 perlawanan, mereka berada di tangga teratas dalam kumpulan maut ini.

Kumpulan ini disebut kumpulan maut bukan kerana Hungary kuat, tetapi kerana 3 lagi pasukan tersebut yang dianggap kuasa besar.

England kini berada di tangga tercorot dengan hanya mengutip 2 mata selepas 4 perlawanan. Menjaringkan hanya 1 gol dan bolos 6 kali dalam tempoh tersebut.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang