Kita selalu mendengar pemain bola sepak profesional akan menyumbang kepada komuniti dan berkata, inilah masa mereka memberi kepada yang memerlukan.
Seperti yang kita tahu, gaji pemain bola sepak ni besar terutama sekali pemain bintang.
Namun mereka sudah dididil dari kecil lagi, terutama sekali dari rumah dan akademi bahawa nilai kemanusiaan.
Maka wujudlah istilah lebih dari sekadar kelab. Di mana mereka mewujudkan satu ekosistem di mana peminat dan sesiapa sahaja adalah keluarga mereka.
Orang kata, dengan pengaruh yang lebih besar, maka lebih besarlah tanggungjawab mereka.
Ramai pemain bola sepak yang terlibat dalam amal kebajikan. Juan Mata dengan projek potongan gaji pemain bola sepak – ramai yang sertainya.
Sementara itu Ben Foster sebelum ini menerusi projek lelongan jersi untuk membantu pesakit Leukaemia.
Anda masih ingat kisah Jermain Defoe dengan Bradley Lowery? Beliau menjadikan mendiang adik Bradley sebagai rakannya dan pada masa yang sama membantunya apa yang termampu.
Begitu juga dengan Andy Robertson yang terlibat dalam foodbank di sekitar Merseyside. Banyak lagi la.
Gary Neville dan Giggs sebelum ini telah menyumbang kepada petugas kesihatan negara mereka kerana Covid-19.
Rashford bantu kanak kanak sekolah khas
Terbaru, Marcus Rashford telah terlibat dalam satu projek sumbangan makanan kanak-kanak sekolah khas yang memerlukan. Ini kerana banyak sekolah yang ditutup kerana Covid-19.
Rashford telah bekerjasama dengan Fare Share UK untuk membantu memberikan makanan kepada kanak-kana di sekolah khas. Di mana para pelajar ini berada di sekolah sepanjang penutupan sekolah.
Sekolah khas ini dipanggil vulnerable school, menempatkan para pelajar yang ada pelbagai masalah kesihatan.
Rashford dalam kenyataan medianya berkata:
“Gais, di seluruh UK ketika ini ada lebih 32,000 buah sekolah. Dan esok kesemuanya akan ditutup.”
“Ramai kanak-kanak ini yang berada di sekolah ini bergantung kepada makanan percuma.”
“Jadi saya telah meluangkan beberapa hari ini berbincang dengan organisasi bagi mengetahui defisit yang kita boleh isi.”
“Saya nak memahami tahap kritikal masalah ini dan bagaimana kita boleh berjumpa dengan kanak kanak ini, bukan sahaja sekolah.”
“Ini akan menjadi pusat komuniti, tempat sarapan, dan tempat membekalkan makanan kepada seramai mungkin kanak kanak pada setiap hari.”
“Jadi, selepas ini kanak kanak ini tak perlu risau tentang, bila makanan mereka yang seterusnya akan tiba.”
Guys, across the UK there are over 32,000 schools. Tomorrow all of these will close. Many of the children attending these schools rely on free meals, so I’ve spent the last few days talking to organisations to understand how this deficit is going to be filled. (1) pic.twitter.com/3Iusr6E9kM
— Marcus Rashford (@MarcusRashford) March 19, 2020
“Fare Share UK akan mengedarkan makanan ke 11,000 organisasi yang pelbagai di UK dan akan diterima oleh 1 juta orang pada minggu hadapan.”
“Hari inni saya bekerjasama dengan mereka untuk bekerja semula untuk mencari bagaimana kami boleh mengedarkan makanan ini, ketika tempoh sekolah ditutup. Misi kami, tak mahu ada seorang pun kanak-kanak yang tertinggal.”
“Untuk mereka yang membaca kenyataan ini, dan ingin menyumbang sedikit wang, korang boleh memberikan perbezaan besar, dengan membantu menampung kos penghantaran van penghantar, stor serta logistik. Membantu Fares Share UK mengedarkan 20 makanan kepada pelajar.”
“Dan kepada industri makanan, kami tahu ini masa yang mencabar. Namun kami meminta kamu untuk menyumbang apa sahaja makanan ke Fare Share UK, untuk menyokong mereka sepanjang penutupan sekolah ini.”
“Terima kasih kepada semua syarikat yang sudah terlibat.”
Tabik hormat kepada Marcus Rashford yang membantu komuniti dan kanak kanak yang memerlukan.
Semoga segala urusan dipermudahkan hendaknya.