Samir Nasri sama seperti rakyat Perancis yang lain sangat menyampah dengan Emi Martinez. Emi Martinez sudah diiktiraf sebagai lelaki Argentina paling dibenci di Perancis. Ini kerana kelakuannya ketika Piala Dunia 2022, dianggap biadap ke atas Perancis.
Dia menggunakan cara provokatif ketika penentuan penalti ke atas Perancis. Kemudian membuat isyarat lucah ketika menerima anugerah sarung tangan emas Piala Dunia 2022.
Seterusnya Martinez turut beberapa kali mengejek Kylian Mbappe ketika keraian Piala Dunia di Buenos Aires. Di mana dia telah memegang anak patung bayi dengan wajah Mbappe.
Merujuk kepada Baby Mbappe. Di mata Martinez, Mbappe cumalah seorang bayi. Tindakan itu mengundang banyak kritikan kerana dianggap terlalu obses dan biadap.
Ada pihak mempersoalkan tindakan Martinez kerana menurut mereka Kylian Mbappe bukan pemain yang jahat atau biadap di atas padang. Emi Martinez mungkin tak puas hati dengan komen Mbappe beberapa bulan sebelum itu.
Emi Martinez holding a baby with a picture of Mbappe’s face over it 🤣 pic.twitter.com/5rxbRv08Ia
— george (@StokeyyG2) December 20, 2022
Di mana Mbappe melabel bola sepak Eropah lebih bagus daripada bola sepak Amerika Selatan. Selain itu terdapat juga laporan yang menyebut Emi Martinez mungkin tidak berpuas hati dengan Mbappe kerana layanan PSG ke atas pemain itu yang lebih baik berbanding dengan Messi.
Pengurus PSG pada masa itu, Christophe Galtier menepis andaian itu. Dan menyatakan Messi tiada kaitan dengan keraian Emi Martinez. Malah Messi dilaporkan telah menegur Emi Martinez agar menghentikan tindakannya menganjing Mbappe.
Mbappe membuat komen ringkas tentang perkara itu.
“Saya tidak ada masalah dengan keraian seperti itu. Cuma kalau saya, saya tiada masa untuk membuat benda tidak berfaedah,” kata Mbappe.
Tidak lama selepas itu pihak FFF menerusi Noel Graet telah membuat aduan rasmi kepada AFA di Argentina. Di mana FFF kurang selesa dengan tindakan Emi Martinez yang berterusan mengejek Mbappe.
“Saya sudah menulis surat aduan kepada rakan sejawatan saya di Argentina. Saya dapati ianya perkara yang tidak normal dan melampau, dalam konteks persaingan kesukanan, saya sangat sukar memahaminya,” kata Noel Graet.
Unai Emery kemudian tampil menegur penjaga gol itu secara terbuka. Dan berjanji akan bersemuka dengannya. Cuma pada masa itu dia memberikan masa dan ruang untuk Emi bercuti dan menikmati kejuaraan Piala Dunia setelah berjaya menyelamatkan percubaan saat akhir masa ekstra dan menyelamatkan penalti Kingsley Coman pada penentuan penalti.
Terbaru, dalam kunjungan Martinez bersama Aston Villa ke Lille dalam piala UECL, pemain itu diboo setiap kali dia menyentuh bola.
Emiliano Martínez is getting drowned by boos every time he touches the ball tonight in Lille
byu/oklolzzzzs insoccer
Ketika penentuan penalti, dia turut menunjukkan isyarat diam kepada peminat Lille. Tindakannya ditegur oleh pengadil. Emi kemudian dilayangkan kad kuning kerana tidak berada di tempat yang sepatutnya dia berada ketika menunggu rakannya mengambil penalti. Ianya salah satu bentuk perang saraf yang dia buat.
Dia turut menari nari di hadapan peminat Lille setelah melakukan aksi penyelamatan yang membantu pasukannya mara ke separuh akhir.
Emi Martínez saves the final penalty 🧤
Limbs in Lille 🔥🔥 #AVFC pic.twitter.com/ZE2r2b3kNX
— Jack Grimse (@JackGrimse) April 18, 2024
Dia ternyata puas kerana membuatkan hati rakyat Perancis sekali lagi kecewa. Kini Emi Martinez meneruskan reputasinya sebagai penjaga gol yang cemerlang ketika penentuan penalti.
Emi Martínez has won his last five penalty shootouts for club & country:
◉ 2020 Community Shield vs. Liverpool
◉ 2021 Copa América SF vs. 🇨🇴
◉ 2022 World Cup QF vs. 🇳🇱
◉ 2022 World Cup Final vs. 🇫🇷
◉ 2024 UECL QF vs. LilleDibu is dancing again. 🕺 pic.twitter.com/Ezn9iCDNE1
— Squawka (@Squawka) April 18, 2024
Samir Nasri datang memberikan komen menyatakan dia kini benar benar menyampah dengan Emi Martinez yang berubah daripada budak baik kepada lelaki yang poyo.
Nasri berkata: “Tingkah laku dia benar benar menjengkelkan saya. Kerana sebelum ini dia bukan orang yang macam tu dulu. Saya kenal dia ketika dia masih sangat sangat muda di Arsenal.
“Ketika itu dia seorang budak yang sangat pemalu. Dan sekarang ini kelakuan dia seolah olah sudah menjadi tabiat dia, kuat menganjing.”
"Nasri":
Por sus comentarios sobre Emiliano Martínez pic.twitter.com/AEL401hCwR— ¿Por qué es tendencia? (@porquetendencia) April 19, 2024