Samir Nasri Dedah Guardiola Pernah ‘Sound’ Pemain City: “Jika Kamu Bukan Messi, Kamu Tak Ada Hak Merajuk”

Menurut bekas pemain tengah City, Samir Nasri berkongsi cerita tentang Pep Guardiola yang pernah bertanya kepada bilik persalinan City jika Lionel Messi berada di sana bersama mereka menjelang musim pertamanya sebagai pengurus.

Ketika itu Pep Guardiola mendapat tahu bahawa ada beberapa pemain yang tidak berpuas hati dengan sistem penggiliran yang akan digunakan Guardiola dan mereka mahu mendapatkan jaminan untuk bermain dalam kesebelasan utama setiap minggu.

Guardiola mengingatkan pemain pemain City, jika mereka bukan Messi, maka setiap seorang daripada mereka tidak terlepas daripada sistem penggiliran tersebut.

Lionel Messi dan Pep Guardiola tidak dapat dipisahkan semasa mereka bersama di FC Barcelona. Mereka memenangi banyak trofi bersama termasuk ‘sxtuple’ terkenal 2009 apabila mereka memenangi Copa de Espana, Copa Del Rey, Piala Super UEFA, Piala Dunia Kelab FIFA, LaLiga, dan Liga Juara-Juara UEFA semuanya dalam satu musim.

Guardiola sentiasa mempunyai perkara yang hebat untuk dikatakan mengenai pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu dan Messi juga mempunyai perkara yang menarik untuk dikatakan tentang Pep Guardiola.

Menurut bekas pemain tengah Manchester City, Samir Nasri, Pep bertanya kepada bilik persalinan pasukan Manchester City jika Messi berada di sana bersama mereka menjelang musim pertamanya sebagai pengurus.

Nasri berkata: “Dia bercakap kepada kami tentang Messi pada permulaan musim [2016-17] untuk menyampaikan mesej,” kata Nasri kepada Canal+.

“Dia memberitahu kami dia akan menjadi kawan kami, sehingga hari perlawanan pertama musim ini, di mana itu adalah titik dia perlu membuat pilihan sebagai pengurus. Jadi beberapa pemain akan berasa tidak gembira [dengan sistem penggiliran yang mahu dilaksanakan].”

Guardiola kemudian bertanya kepada pemain pemain City jika Messi berada di bilik persalinan dan pemain menjawab ‘tidak’, Pep menjawab bahawa mereka tidak mempunyai hak untuk bercakap mempersoalkan penggiliran pemain kerana Messi adalah satu-satunya pemain dia tidak akan sama sekali. diletakkan di bangku simpanan.

Nasri menambah: “Dia [Pep Guardiola] bertanya kepada kami di bilik persalinan, ‘Adakah Lionel Messi di sini?’. Jadi kami semua memandang satu sama lain, dan berkata, tidak, dia tiada di sini. ‘Jadi anda tidak mempunyai hak untuk bercakap atau merajuk [jika berada di bangku simpanan], kerana dia satu-satunya pemain yang saya tidak akan pernah letak di bangku simpanan, dia sahaja dibenarkan merajuk’.”

Duo Messi dan Guardiola hampir tidak dapat dihalang. Mereka membantu Barcelona meraih 14 gelaran termasuk tiga La Liga dan dua gelaran Liga Juara-Juara Eropah.

Messi baru sahaja memenangi Pemain Terbaik Dunia FIFA Best 2022. Selepas kejayaannya membantu Argentina menjulang Piala Dunia 2022. Menjadikan kariernya kini serba serbi lengkap untuk digelar GOAT!

Pep Guardiola juga antara pengurus terbaik sepanjang zaman dalam sejarah bola sepak.

Satu fakta menarik setakat artikel ini ditulis, Pep Guardiola tidak pernah memenangi UCL sebagai pengurus tanpa ada Messi dalam pasukannya.

City masih meneruskan pemburuan UCL pada musim ini. Beberapa musim kebelakangan ini mereka sebenarnya beberapa kali hampir dengan kejuaraan UCL pertama. Terutama sekali pernah bermain aksi final menentang Chelsea dan mereka tewas kerana gol tunggal Kai Havertz pada final.

Apa yang pasti Man City di bawah Pep Guardiola sentiasa menjadi salah satu pasukan pilihan dalam UCL.

Begitu juga dengan pasukan diwakili Leo Messi pada ketika ini iaitu PSG. Juga dalam pemburuan UCL pertama kelab itu yang menjadi sasaran utama mereka.

Baca yang lain