Samir Nasri Kritik Bola Sepak Perancis Yang Menekan Pemain Muslim Berpuasa

Bekas pemain Perancis, Samir Nasri benar benar kecewa dengan apa berlaku di Perancis ketika ini. Di mana Ligue 1 tidak membenarkan pengadil menghentikan seketika permainan untuk memberikan laluan kepada pemain beragama Islam berbuka puasa.

Seterusnya, ada beberapa kelab melarang pemain mereka daripada berpuasa atau mereka tidak dibenarkan beraksi. Ianya adalah satu tekanan yang luar biasa ke atas pemain pemain beragama Islam.

Terbaru, FFF melarang pemain mewakili Perancis di kesemua peringkat umur daripada berpuasa. Yang membuatkan seorang pemain B-19 mereka menarik diri daripada tugasan kebangsaan kerana kecewa dengan polisi itu.

Alasan Ligue 1 dan FFF adalah sama. Mereka tidak mahu pemain mencampur adukkan amalan agama dengan bola sepak. Alasan itu sukar diterima oleh ramai pihak.

Laporan menyebut sebenarnya ramai lagi pemain beragama Islam yang tidak gembira dengan polisi itu namun hanya berdiam diri kerana enggan bertelagah tentang perkara itu.

Selain itu, RMC melaporkan semakin ramai pemain dwikewarganegaraan mempertimbangkan untuk tidak mewakili Perancis kerana polisi baharu ini.

Samir Nasri menegaskan, isu berpuasa ini menjadi perkara yang tidak sepatutnya diperdebatkan kerana ianya isu amalan agama. Malah pada era beliau dahulu, tidak ada seorang pun jurulatih atau mana mana kelab mahupun persatuan bola sepak kebangsaan yang bertanya tentang siapa yang berpuasa sekalipun?

Ianya dianggap hak peribadi dan ramai pemain yang beragama Islam terbukti cemerlang beraksi sepanjang ramadan. Misalnya Karim Benzema.

Bercakap kepada wartawan di Perancis, Nasri berkata: “Kenapa jurulatih perlu nak ambil tahu sama ada pemain itu berpuasa atau tidak sepanjang ramadan?

“Pada era saya dahulu, saya tak pernah ditanya: ‘Adakah kamu berpuasa ramadan ini?’ Ayuhlah, kita tinggal di negara yang sekular. Isu amalan keagamaan ini harus kekal menjadi hak peribadi seseorang.

“Kenapa jurulatih harus mengambil tahu tentang amalan seorang pemain katolik? Dan kenapa isu berpuasa bulan ramadan ini tidak pernah jadi isu pada 20 tahun lalu? Perkara ini tidak sepatutnya dibangkitkan sama sekali.

“Jurulatih sendiri tahu tentang bulan ramadan dan apa amalan pemain yang beragama Islam. Jika mereka tidak beraksi bagus sepanjang bulan ramadan, tukarkan dia atau sisihkan sahaja, senang kan?

“Kenapa perlu nak ambil tahu status puasa seseorang ya? Hanya kerana bulan ramadan? Adakah jurulatih mengenakan pendekatan berbeza?

“Tindakan meminta pemain untuk tidak berpuasa pada bulan ramadan adalah perkara yang tidak patut berlaku.

“Lihat Karim Benzema, dia menunjukkan prestasi terbaiknya pada bulan ramadan. Bukankah kita harus bincangkan benda ini sekali? Setiap pemain ada pengalaman mereka tersendiri.

“Kepercayaan seseorang secara rohaniah itu boleh membantu lagi seseorang pemain dan ianya sukar kamu jangkakan. Ada sesetengah orang akan beraksi cemerlang selepas dia makan makanan segera, contohnya, perkara seperti ini sukar kamu fikir dengan logik.”

Peminat bola sepak setuju dengan pandangan Nasri. Namun ada yang berseloroh menyindir kerajaan Perancis: “Ok esok Nasri akan dicop pengganas atau esktremis.”

Dengan mengambil contoh di England, pemain Man United, Amad Diallo mengamalkan puasa penuh sepanjang ramadan. Dia menjaringkan gol kemenangan United ke atas Liverpool pada suku akhir Piala FA.

Menurut Amad, layanan kelab yang menghormati amalannya berpuasa membuatkan dia gigih mahu membalas kepercayaan tersebut. Dan dia menegaskan, walaupun bukan mudah untuk beraksi pada bulan ramadan, namun ianya menjadi motivasi kepada pemain yang sudah dihormati hak mereka untuk membuktikan bahawa mereka juga sanggup berjuang bermati matian untuk pasukan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di