Sampai Ke England! Kesilapan Akhbar Malaysia Ingat Black Lives Matter Adalah Nama Pemain

Sebuah akhbar arus Perdana di Malaysia telah menjadi bahan jenaka netizen termasuk netizen di England.

Ini gara-gara kesilapan editor akhbar tersebut yang meletakkan nama Trent Alexander-Arnold sebagai Black Lives Matter.

Pemain antarabangsa England itu mungkin popular di seluruh dunia. Namun bukan di Malaysia. Masih ada yang tak kenal akan pemain itu.

Black Lives Matter merupakan satu kempen anti rasisme yang digerakkan bermula di Amerika Syarikat dan menular ke seluruh dunia termasuk di England.

Segalanya bermula gara-gara keganasan seorang pegawai polis yang menyebabkan kematian seorang warga kulit hitam di Amerika Syarikat.

Keadaan itu telah mencetuskan ketegangan sosial dan politik di negara tersebut. Banyak tunjuk perasaan dan demonstrasi dilakukan di seluruh dunia

Ramai aktivis yang bersolidariti untuk menyokong kempen agar memperdulikan hak serta nyawa mereka yang berkulit hitam.

Di Eropah sambungan semula liga bola sepak mereka menyaksikan beberapa badan Liga telah menunjukkan solidariti kepada kempen tersebut.

Bundesliga merupakan antara liga utama Eropah yang terawal menunjukkan sokongan mereka kepada kempen Black Lives Matter.

Di England Liga Perdana Inggeris telah mengubah beberapa protokol khas untuk hari perlawanan.

Antaranya adalah dengan melakukan upacara berlutut sebelum sepak mula.

Kemudian pada jersi setiap pasukan di belakang – tertulis perkataan Black Lives Matter menggantikan nama pemain.

Dan sebagai tanda sokongan kepada staf kesihatan Liga Perdana Inggeris telah meletakkan logo NHS yang disematkan pada bahagian dada pemain.

Berbalik kepada perkataan Black Lives Matter yang tertera pada bahagian belakang pemain menggantikan nama pemain, ianya telah membuatkan editor akhbar tersebut terkeliru dan mengingatkannya adalah nama pemain.

Ada juga netizen berseloroh mengatakan bahawa editor tersebut menjadi bidan terjun dari laman gosip kepada laman sukan.

Namun ada juga yang menyatakan bahawa ianya adalah kesilapan yang terlalu mudah untuk sebuah akhbar arus perdana sebesar Berita Harian.

Di England sebuah halaman peminat Empire of The Kop telah berkongsi tentang tentang perkara itu.

Ada juga yang bergurau tentang pemain bernama Black Lives Matter ni cepat betul bertukar kelab.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa