Sampai Saat Akhir, Laporta Tunggu Messi Cakap Dia Nak Main ‘Free’ Dekat Barca

Joan Laporta membuat kenyataan yang mengejutkan ramai pihak. Ini apabila dia menyatakan bahawa dia menunggu Lionel Messi menawarkan dirinya bermain percuma untuk Barcelona.

Kenyataan itu malah disindir oleh penyokong Barca sendiri yang menganggap Laporta sejak akhir akhir ini sudah beberapa kali membuat kenyataan yang tidak masuk akal.

Kelmarin presiden La Liga, Javier Tebas mendedahkan bahawa Laporta ibarat talam dua muka. Dia awalnya menggesa La Liga menyegerakan perjanjian dengan CVC untuk membantu Barca mendaftarkan Lionel Messi.

Namun tiba tiba Laporta berpihak kepada Florentino Perez yang menentang CVC.

Dalam manifesto beliau, Laporta memberikan jaminan bahawa Messi akan kekal. Namun sebaliknya berlaku. Tebas menegaskan bahawa Lionel Messi boleh terus kekal di Barca kalau Laporta tidak mendapatkan Aguero dan Depay.

Terbaru Laporta menyatakan bahawa dia menunggu sehingga ke saat akhir Messi akan menyatakan kesanggupannya bermain di Barcelona secara percuma atau tanpa gaji.

Laporta berkata: “Saya masih menaruh harapan agar pada saat saat akhir Messi akan menyatakan dia sanggup bermain di sini secara percuma.”

“Saya memang mahu perkara seperti itu berlaku. Malangnya kita tak boleh meminta benda benda macam tu daripada pemain sehebat dia.”

Peminat peminat Barca berpolemik tentang perkara itu. Dan Barcelona memuat naik kenyataan terbaru Laporta berkenaan dengan kontrak pemain muda Barca, Ansu Fati dan Pedri.

Laporta memberikan jaminan bahawa rundingan dengan Fati dan Pedri berjalan lancar dan berharap akan berkongsi berita baik tentang kontrak itu pada minggu hadapan.

Di ruangan komen ramai menyindir memperlekehkan Laporta.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil