Sampaikan Lewis Hamilton Sendiri Pun Bosan Dengan Dominasinya Di Formula 1

Pelumba pasukan Mercedes, Lewis Hamilton ada mendengar sebelum ini peminat menyatakan bosan melihat juara yang sama dalam formula 1.

Hamilton tidak berkecil hari malah mengakui faham dengan kekecewaan penyokong selepas menyaksikan dirinya mudah menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Belgium di Litar Spa.

Hamilton jelas sekali tidak ada sebarang masalah untuk mendominasi GP kelima daripada tujuh perlumbaan musim ini selepas menafikan cabaran rakan sepasukan, Valtteri Bottas di kedudukan kedua dan jaguh Red Bull, Max Verstappen di podium yang ketiga.

Selain daripada peminat, rakan seperjuangan beliau juga bosan dengan dominasi Hamilton.

Pada beberapa minggu lalu, Max Verstappen menyatakan perkara yang sama.

Menurut Verstappen, perlumbaan menjadi sangat membosankan ketika melihat Hamilton semakin menjarakkan diri daripada pelumba lain.

“Bagi saya, melihat Hamilton pergi (meninggalkan pelumba lain) benar-benar membuat perlumbaan membosankan. Saya sebenarnya berusaha meningkatkan lagi kepantasan yang saya miliki, “kata Verstappen kepada Crash.

“Pada satu pusingan saya mengalami kesukaran untuk bersaing dengan Bottas dan ia sangat hebat. Walaupun begitu, saya sudah tahu berapa lama kelajuan kereta akan memintas saya.”

“Namun, sekurang-kurangnya ini menjadikan perlumbaan sedikit lebih menarik, ”tambah pelumba berdarah Belanda itu.

Hamilton turut bosan dengan dominasi dirinya sendiri dalam sukan itu. Namun beliau mengingatkan, perkara yang sama pernah berlaku ketika era dominasi legenda Ferrari, Michael Schumacher.

“Saya faham ramai yang tidak lagi menonton perlumbaan F1 kerana anda sudah tahu siapa yang akan menjadi juara.”

“Kalau saya pun bosan tengok perlumbaan dan lebih baik tengok highlight yang lebih pendek.”

Namun Hamilton menyatakan dia tidak boleh dipersalahkan di atas semua yang berlaku.

“Namun, situasi ini bukanlah mengejutkan kerana saya sendiri pun pernah merasa pengalaman yang sama.”

“Secara jujur, saya membesar ketika era Schumacher mendominasi perlumbaan F1 dan ia adalah sesuatu yang membosankan ke­rana anda sudah tahu siapa yang akan menjadi juara.”

“Namun, ia tidak menjadi masalah buat saya ketika ini kerana apa yang penting saya masih gembira untuk bersaing dan memberikan seratus peratus di litar.”

“Malah, Bottas sentiasa menanti ruang dan peluang untuk memintas selain prestasi jentera Red Bull juga semakin meningkat. Justeru, saya perlu sentiasa berwaspada.”

Hamilton yang memburu gelaran dunia ketujuh peribadi sudah jauh mendahului carta pendahulu selepas mengumpul 157 mata daripada tujuh perlumbaan musim ini.

Baca yang lain