Samsung Galaxy S II Yang Menjadi Kegilaan Ramai Satu Ketika Dahulu

Samsung baru sahaja memperkenalkan 3 varian Galaxy S20 – yang sebenarnya ada 6 model kerana pembeli boleh memilih versi dengan 5G ataupun sekadar 4G.

Pada sembilan tahun yang lalu, Samsung telah memperkenalkan salah satu produk gemilang mereka iaitu Samsung Galaxy S II pada Februari 2011 dan kemudian dijual di pasaran pada April tahun yang sama. Bagi versi 4G ianya dipasarkan pada Julai 2011.

Sama juga dengan Samsung S20, dahulu S II juga menawarkan varian yang boleh menyokong 4G ataupun sekadar 3G.

Ianya merupakan telefon kedua, dalam siri flagship Samsung. Menawarkan paparan Super AMOLED Plus bersaiz 4.3″.

Galaxy SII dipacu oleh cip Exynos 4210 Dual chipset. Samsung Galaxy S II adalah antara telefon versi 4G yang paling laris di dalam sejarah.

Samsung telah memperbaiki kualiti skrin walaupun saiznya sama dengan amsung Galaxy S – 480 x 800px.

Samsung Galaxy merupakan siri yang menjadi pelopor kepada kegilaan pengguna telefon pintar yang sukakan skrin besar.

Ia telah menjadi signature Samsung yang turut ada phablet digelar Samsung Galaxy Note. Masa itu dulu, peminat iPhone mengutuk ciri-ciri besar gedabak ini.

Exynos merupakan antara generasi pertama cip dengan dual core processor. Antara cip yang terpantas pada ketika itu.

Samsung telah memperbaiki aspek skrin dengan membolehkan pengguna merasai kelancaran apabila menyentuh dan melakukan aktiviti dengan fon mereka.

Samsung Galaxy S II beroperasi dengan Androi 2.3 Gingerbread dan sempat menerima 4.1 Jelly Bean dengan 1GB RAM dan pilihan storan 16GB ataupun 32GB.

Angka yang sangat besar pada ketika itu.

Dari segi kamera, ianya dinaiktaraf kepada 8MP kamera belakang dengan illuminated sensor.

Tahukah korang, pada masa itu, Samsung Galaxy S II  mampu merakamkan video 1080p dengan 2MP setiap frame.

Ianya dianggap luar biasa dan canggih pada masa itu. Dan pada hari ini Samsung Galaxy S20 pula sudah mampu merakam video 8K.

Populariti

Samsung Galaxy S II telah melonjakkan lagi populariti Samsung di pasaran. Mereka menjual 3 juta Samsung Galaxy S II  dalam masa 55 days. Dan 5 juta unit dalam masa 85 hari.

Dalam 5 bulan pertama Samsung Galaxy S II terjual sebanyak 10 juta unit. Malah dalam suku ketiga tahun 2011, Samsung Galaxy S II  berjaya menewaskan Apple sebagai telefon pintar yang paling banyak diedarkan.

Salah satu sebab kenapa orang gilakan Samsung Galaxy S II  kerana promosi yang berkesan. Samsung mulai mendidik pengguna tentang peralihan rangkaian kepada 4G dengan jaringan rangkaian LTE.

Namun ada juga yang versi 3G sahaja untuk dipasarkan di negara-negara yang masih belum ada 4G. Tetapi tetap ramai pengguna yang mahukan versi 4G.

Baca yang lain