Telefon bangsawan Samsung yang akan datang iaitu Samsung Galaxy S11 dijangka akan hadir dengan quad camera – dan kamera utamanya adalah 100 megapixel.
Berita ini adalah berdasarkan laporan oleh Bloomberg yang merupakan rakan baik kepada Samsung.
Sebelum ini Samsung sudah menjual kamera sensor 108MP mereka kepada Xiaomi untuk digunakan produk flaship mereka.
Dan Galaxy 11 akan menggunakan teknologi yang sama dengan kamera bump yang agak tersembul di belakangnya.
Ada juga yang melaporkan Samsung Galaxy S11 akan memiliki 5 kamera belakang.
Set up untuk kamera penta mereka itu mirip kepada Xiaomi Mi Note 10.
Kamera utama dengan 108 MP sensor, kamera ultra wide, dan salah satu kamera dengan 5x zoom optikal. Selain itu, ada depth sensor untuk bokeh dan AR Apps.
Tetapi ada juga laporan yang menyatakan Samsung akan memasang hanya 4 kamera belakang sahaja untuk Galaxy S11.
Cuma yang pasti, beberapa laporan berbeza itu tetap menyatakan Samsung akan hadir dengan kamera utama 108MP.
Guess who is bringing you the very first and early look at the #Samsung #GalaxyS11…😏
As usual, 360° video + gorgeous 5K renders + dimensions, on behalf of my Friends over at @91mobiles -> https://t.co/ejj58wPNSH pic.twitter.com/QNS2dsyLp7— Steve H.McFly (@OnLeaks) November 22, 2019
Samsung masih menjadi jenama telefon pintar yang memiliki peminat yang sangat ramai.
Selain daripada kualiti kamera, keupayaan paparan skrinnya juga menjadi salah satu faktor utama orang membelinya. Dan sudah pastinya jenamanya yang kukuh dan berpengaruh, juga menyebabkan Samsung masih berdiri megah.
Ramai juga yang menyatakan Samsung nampaknya sudah seperti mengikut jejak langkah Apple yang meletakkan camera bump yang terlalu ketara di belakang produk iPhone 11 mereka.