Samsung Ikut Apple, Tak Akan Sertakan Pengecas Bermula Tahun Depan

ETNews menyatakan bahawa, laporan dari Korea Selatan menegaskan bahawa Samsung tidak akan membekalkan lagi pengecas dalam kotak telefon pintar mereka.

Berita ini keluar, tidak lama, selepas Apple mengumumkan bahawa mereka tidak akan membekalkan pengecas kepada pembeli bermula dari iPhone 12.

Alasan Samsung berbuat demikian adalah, kerana telefon pintar pada hari ini kebanyakannya menggunakan pengecas USB-C.

Samsung menyatakan bahawa mereka mahu mengurangkan kos pengeluaran dan fokus kepada kos untuk mengurangkan harga telefon pintar 5G yang bakal menjadi standard pada tahun hadapan.

Oleh itu, bermula pada 2021, Samsung tak akan membekalkan charger kepada pembeli mereka secara terus disertakan di dalam kotak telefon baharu.

Ini kerana kos menghasilkan telefon pintar 5G dan membekalkan USB-C adalah mahal.

Oleh itu, korang kena beringat, lepas beli fon tu, terus ke kedai charger pula.

Samsung dijangka akan melantik beberapa rakan niaga mereka untuk menjual charger telefon pintar mereka. Namun laporan yang sama juga menyebut, akan ada beberapa model sahaja yang masih dibekalkan pengecas.

Samsung yakin langkah ini juga akan membantu mengurangkan sampah industri. Kerana ada ramai pembeli telefon pintar pada hari ini memiliki charger lama yang sesuai dengan telefon pintar mereka.

Samsung akan membekalkan charger telefon pintar kepada pengguna hanya atas permintaan. Di mana pengecas itu korang akan bayar berasingan.

Jadi, boleh la korang pilih mana satu pengecas terbaik korang nak semasa membeli telefon baharu.

Jadi, diharap korang yang merancang nak membeli telefon pintar Samsung pada tahun hadapan, siap sedia nak beli charger.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.