Samsung akan mengeluarkan satu lagi telefon pintar boleh lipat, namun kali ini lipatan itu adalah secara vertikal, berbeza dengan Galaxy Fold.
Telefon pintar boleh lipat secara vertikal oleh Samsung itu akan dipanggil Galaxy Bloom.
SamMobile telah mengesahkan bahawa Galaxy Bloom sebagai rasmi telefon pintar baharu mereka itu pada persidangan CES tertutup di antara Samsung dengan rakan kongsi.
Reka bentuk Galaxy Bloom diilhamkan daripada ‘case’ alat solek Lancôme, dan Samsung merancang untuk mensasarkan wanita berusia dua puluhan untuk menjadi pelanggan utama produk tersebut.
#GalaxyBloom is going to be @Samsung next Foldable Phone – Details
Read More: https://t.co/tLKmNOc9bj pic.twitter.com/iHL4H8MAzY
— PhoneRadar (@phoneradarblog) January 10, 2020
Laporan yang sama juga mengesahkan khabar angin awal bahawa nama pengganti kepada Galaxy S10 akan dipanggil Galaxy S20.
Tiga model akan dilancarkan pada bulan Februari: Galaxy S20, Galaxy S20 +, Galaxy S20 Ultra.
Satu maklumat teknikal terperinci yang keluar dari laporan itu ialah kedua-dua Galaxy Bloom dan Galaxy S20 akan menyokong rakaman video 8K.
Dan terdapat juga perkhabaran menyatakan Galaxy Bloom mempunyai paparan 6.7 inci, hadir dengan Android 10.
Pada bulan Disember 2019, terdapat rumors menyatakan bahawa harga untuk Bloom akan dijual serendah USD845 / RM3,441.
Jika benar harga itu yang ditawarkan, ianya amat murah berbanding dengan Samsung Galaxy Fold yang dijual dengan harga pembukaan USD1,980 / RM8,063 Galaxy Fold.
#GauGo Samsung's next foldable phobe could be called Galaxy Z Flip instead of Galaxy Bloom pic.twitter.com/aGVjJQ4wAg
— GauGo (@IAmGauGo) January 14, 2020
Sebagai perbandingan telefon pintar Motorola boleh dilipat Razr, yang menggunakan konsep lipatan vertikal yang sama, dijual dengan harga USD1,499 / RM6,098.
Tarikh pelancaran untuk kedua-dua peranti tersebut adalah pada 11 Februari 2020.
Nantikan pengumuman rasmi dari Samsung.