Samsung Lancarkan Galaxy S20, Dengan Kamera 108MP, Zoom 100x

Berita yang ditunggu tunggu oleh peminat setia telefon pintar keluaran Samsung.

Hari ini Samsung melancarkan telefon flagship terbaru mereka yang diberikan nama Samsung Galaxy S20 yang hadir menerusi tiga variasi berbeza.

Untuk variasi Galaxy S20 kali ini, ianya muncul dengan opsyen Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra.

Ianya diperkenalkan dalam satu majlis pengenalan Samsung Unpacked terbesar oleh Samsung, yang diadakan di San Francisco, Amerika Syarikat.

Ketiga-tiga variasi Galaxy S20 berkenaan mempunyai sokongan bagi jaringan komunikasi generasi kelima ataupun 5G.

Namun begitu, hanya dua variasi sahaja yang hadir dengan sambungan ‘Sub-6’ dan ‘mmWave’ band iaitu Galaxy S20+ serta Galaxy S20 Ultra.

Untuk Galaxy S20 hanya menggunakan sambungan Sub-6 saja.

Dari segi spesifikasi, ketiga-tiga variasi dipacu oleh cip pemproses Exynos 990. Dari segi memori (RAM) pula dari 12GB sehingga 16GB untuk variasi Galaxy S20 Ultra.

Bahagian yang paling mendapat tumpuan pastinya kamera. Ini kerana S20 menggunakan sensor 64MP GW1 dan 108MP HMX.

Seterusnya kedua-dua Galaxy S20 dan S20+ mampu untuk melakukan zoom 30x.

Manakala Galaxy Ultra pula mampu sebanyak 100x yang mereka gelar ‘space zoom’ pada kamera utamanya.

Bagi Galaxy S20 Ultra, ia menggunakan tiga tetapan kamera berkeupayaan 108MP kamera utama, 48MP kamera periskop serta 12MP untuk sudut ultra lebar dan turut didatangkan bersama sensor TOF 3D.

Samsung menggunakan pendekatan rekaan seakan periskop seperti mana yang digunakan oleh Huawei P30 dan Oppo Reno 10X Zoom – rekaan yang digelar ‘folded lens’.

Aspek lain, dengan Siri S20 korang boleh merakan video 8K, dengan adanya fungsi penstabilan imej optikal – Super Steady.

Teknologi yang pernah digunakan dalam Samsung Galaxy S10 Lite sebelum ini.

Harga rasmi untuk ketiga-tiga model ini adalah USD999 (sekitar RM4128) untuk S20 5G, USD1199 (sekitar RM4954) untuk S20+ 5G dan USD1399 (sekitar RM5781) untuk S20 Ultra 5G.

Jadi, korang boleh la membuat anggaran harga di Malaysia ye.

Baca yang lain