Sanchez Tulis Komen Mendayu Di IG Arsenal, Tak Sangka Kelab Itu Masih Ingat Kat Dia

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal kini mempunyai kelebihan lapan mata ke atas Manchester City.

Dan mereka akan melayan kunjungan pasukan Erik ten Hag di Stadium Emirates.

Menjelang perlawanan, Arsenal telah memainkan semula beberapa gol terbaik mereka yang dijaringkan menentang United dalam beberapa tahun kebelakangan ini di saluran media sosial mereka.

Salah satu golnya ialah jaringan hebat Sanchez dalam kemenangan 3-0 Arsenal ke atas United di Stadium Emirates pada 2015.

Dan post itu tidak terlepas daripada perhatian Sanchez kerana pemain berusia 34 tahun itu, yang meninggalkan The Gunners untuk menyertai United pada 2018, dia ternyata terharu dengan media sosial Arsenal menunjukkan golnya.

Ternyata dia tidak menyangka sama sekali Arsena; masih mengingati dirinya selepas apa yang dia lakukan ke atas kelab itu.

Di mana dia menolak untuk melanjutkan kontrak baharu dan menerima tawaran daripada musuh ketat Arsenal iaitu Manchester United.

Sanchez membuatkan ramai peminat Arsenal benar benar terluka pada masa itu. Di mana dia dijangkakan oleh peminat United akan menjadi Robin Van Persie seterusnya.

Van Persie datang ke United untuk membantu kelab itu menjuarai EPL.

Sanchez ketika itu berada dalam prestasi terbaiknya. Dan menjadi rebutan banyak kelab.

Namun di United, dia gagal untuk mendapatkan semula prestasinya seperti di Arsenal.

Ianya menjadi titik tolak kepada penurunan prestasinya. Dia seterusnya dijual ke Inter Milan.

Walaupun membantu Inter menjuarai Serie A, namun Sanchez bukanlah pemain seperti dia di Arsenal.

Arsenal kemudian memuat naik video gol Sanchez dengan kapsyen: “Tiada siapa boleh menghentikan percubaan dari Alexis [letak emoji roket].”

Sanchez kemudian menulis komen mendayu dayu di IG Arsenal. Dia memberikan sokongan kepada The Gunners menjelang aksi pasukan itu menentang Manchester United.

“Awak ingat juga kat saya ye [emoji gelak]. Saya pun tidak akan melupakan awak juga,” tulis Sanchez sebagai respons kepada post Arsenal di Instagram.

“Awak akan sentiasa ada di hati saya. Anda adalah keluarga pertama saya di England.”

“Dan semua orang menjaga saya dengan baik terutamanya peminat. Selamat maju jaya buat Gunners.”

Sementara itu, Mikel Arteta menegaskan pemain Arsenalnya mesti mempunyai kualiti mental dan fizikal untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

“Mempunyai kualiti itu, keseimbangan dalam skuad itu adalah sangat perlu,” kata Arteta.

“Untuk memiliki mentaliti dan kapasiti mengawal emosi yang diperlukan untuk bermain di pentas besar adalah sangat diperlukan.”

“Aspek fizikal juga perlu. Tanpa itu anda tidak boleh bersaing selama 11 bulan dalam keadaan di mana kami bekerja.”

“Kami tidak menyertai perlumbaan untuk merebut gelaran selama bertahun-tahun. Sekadar bercakap ianya sama sekali tidak bermakna, kami perlu melakukannya di atas padang.”

Baca yang lain